Pendapat Kritis

RSS Feed


  • Raja Petra Kamaruddin wajar dikenakan tindakan

    Pertama sekali, saya tidak menafikan bahawa saya setuju adalah amat wajar pengendali portal berita (bukan penulis blog!) Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, dikenakan tindakan undang-undang disebab kandungan portal berita beliau yang memberikan terlalu banyak ruang kepada mereka yang berpenyakit mentaliti menghina, mencemuh, mengecam dan mengutuk Islam dan amalan-amalan Islam yang berkaitan. Ditambah pula dengan pegangan RPK yang bersifat Islam liberal dan sering mempersoalkan hukum-hukum Islam yang sudah termaktub di dalam al-Qur’anul Karim (sebagai contoh, penutupan aurat wanita yang dijawab oleh Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman), maka saya berpendapat adalah wajar beliau dikenakan suatu tindakan yang bersifat menghukum dan mempertanggungjawabkannya di atas kenyataan-kenyataan yang dibuat selama ni.

    Namun ini tidak bermakna saya bersetuju dengan tindakan ISA yang dikenakan ke atasnya. Pada pandangan peribadi saya, sifat draconian ISA itu sendiri bertentangan dengan hukum Islam di mana saksi-saksi dan hakim yang adil diperlukan untuk seorang pesalah dibicarakan secara terbuka di dalam mahkamah. Walaupun rang undang-undang ISA ada kebaikannya yang tersendiri, namun keburukannya lebih menonjol berbanding kebaikannya dan saya menolaknya atas sifat Islam yang menolak kezaliman dan ketidakadilan.

    13 Sep

    Tiada komen »

    Tiada komen yang ditinggalkan.

    Tinggalkan komen anda