Rugi saya tidak berada di sini

…kalau tidak, boleh saya membeli salah satu kamera DSLR yang sedang “dilelong” di sini!
Tapi rupanya ini bukan jualan murah kamera DSLR terpakai secara besar-besaran, tetapi diletakkan di sini sebagai tanda protes pihak media yang tidak dibenarkan berada di lobi Parlimen untuk membuat liputan sidang media ahli-ahli Dewan Rakyat. Memang menghairankan apabila arahan seperti ini dikeluarkan, tapi apabila difikirkan semula, memang negara ini diperintah oleh kerajaan kuku besi pun.
Dan bercakap pasal kamera DSLR pula, kebetulan memang saya sedang mencari kamera DSLR yang sesuai untuk dibeli, tak kira kalau terpakai atau baru asalkan harganya berpatutan dan jenamanya adalah Canon. Ada sesiapa yang ingin beri cadangan?
Incoming search terms:
- jualan murah kamera nikon
- kamera dslr s


halooo…
ada ker nak pakai Canon, pakai NIKON laaa…. barulah ranggi.
Komen ditulis oleh rohaizad — Jun 25, 2008 @ 9:15 pm
Kenapa Canon ?
Mahu beli second rajin2lah masuk http://www.shutterasia.com, photomalaysia.com dah pergi bahagian sell section
Komen ditulis oleh Fahmishah — Jun 26, 2008 @ 5:14 am
Wah bukan main banyak lagi camera DSLR ni…Ape laaa nak buat liputan pun kena sekat…aku mmg tak paham laa..
Komen ditulis oleh Chuckiesd — Jun 27, 2008 @ 3:31 pm