Salam Ma’al Hijrah 1430H

Sempena 1 Muharram 1430H yang jatuh pada hari ini, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah kepada semua pembaca saya dan seluruh umat Islam di dunia. Dalam beberapa hari lagi genaplah setahun blog ini dimulakan. Pada asalnya saya memulakan penulisan blog ini di dalam Bahasa Inggeris; namun atas sebab-sebab tertentu saya telah memindahkannya ke domain lain dan setelah mengambil beberapa bulan memikirkan baik-buruk untuk memulakan sebuah blog di dalam Bahasa Melayu, maka saya pun memulakannya dan sejak itu saya tidak berpaling ke belakang lagi.
Boleh dikatakan inilah “penghijrahan” saya yang paling signifikan….iaitu menulis blog di dalam bahasa kebangsaan yang selama ini saya abaikan. Apakah penghijrahan anda yang paling bermakna pada tahun lepas?

salam maal hijrah dan tahun baru ye..
salam
Komen ditulis oleh kusu — Disember 31, 2008 @ 12:32 pm
[...] dalam beberapa jam lagi dan tahun baru 2009 M akan menjelang tiba. Sebelum ini kita sudah pun merayakan tahun baru Hijrah dan anda barangkali sudah menjadi pembaca tetap blog ini. Tamatlah sudah Cabaran Blogging 2008 yang [...]
Ping balik ditulis oleh Imbas kembali tahun 2008 oleh MENJ — Disember 31, 2008 @ 9:45 pm