Satu Sekolah Untuk Semua

Saya bersetuju dengan petisyen untuk Kempen “Satu Sekolah Untuk Semua”. Sistem vernakular pada masa kini di Malaysia adalah produk daripada dasar “pecah dan perintah” British dan ia wajar dihapuskan. Semua sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan (C) dan Jenis Kebangsaan (T) harus diserapkan ke dalam sistem Sekolah Kebangsaan, di mana bahasa pengantarnya adalah Bahasa Melayu, iaitu bahasa kebangsaan. Mata pelajaran Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil harus dibenarkan dan diajar sebagai subjek-subjek elektif di sekolah-sekolah kebangsaan.
Jika anda bersetuju dengan petisyen ini, sila tandatangan di sini.
Tulisan yang berkaitan....
Cahaya bulan purnama menyinari Kuala Terengganu
Khairy Jamaluddin menghukum Nizar sebagai "penderhaka"

menj,
konsep satu sekolah utk semua ni memang ok.. apatah lagi ianya sesuai dengan Penyata Razak yang mahukan semua bahasa pengantar di sekolah adalah bahasa Melayu…
tapi macam mana pulak dengan sekolah agama? SBP? MRSM? .. tak ke nanti orang bukan Melayu ni tuntut macam2…?
[MENJ: Sistem sekolah agama / sekolah pondok adalah BUKAN termasuk di dalam sistem vernakular]
Komen ditulis oleh weber — Jun 1, 2009 @ 2:19 pm
ooo.. bukan ke.. terima kasih kerana memberitahu..
macam mana pulak dgn SBP dan MRSM..patut ke dibuka untuk semua..?
Komen ditulis oleh weber — Jun 1, 2009 @ 7:45 pm
Salam,
Sekolah Agama cthnya SAR pula tidak dihapuskan. Murid manghadiri SK di waktu pagi kemudiannya menghadiri SAR di waktu petang. SAR masih lagi dalam sistem yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pengantar. MRSM pula adalah Kolej/Maktab (terkecuali dari sistem). SBP pula mmg terdapat kaum lain. Tambahan pula SBP masih menggunakan BM sbg bahasa pengantar.
Komen ditulis oleh Kembara Politik — Jun 11, 2009 @ 3:36 pm