Pendapat Kritis

RSS Feed


  • Sekitar demonstrasi menentang PPSMI di Masjid Negara

    Saya tiba di stesen LRT Masjid Jamek pada sekitar pukul 1.15 pm dan saya mula bergerak menuju ke Masjid Negara di mana himpunan diadakan. Saya tiba di Masjid Negara dalam pukul 1.30 pm.

    ppsmi 070320091315 Sekitar demonstrasi menentang PPSMI di Masjid Negara

    Tidak ramai yang berkeliaran pada ketika itu tetapi para peserta perhimpunan sudah mula berkumpul, saya anggarkan dalam seribu orang. Sementara menunggu azan menandakan waktu Zohor masuk, saya melihat ada kumpulan Cina yang juga hadir memberikan sokongan kepada Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP).

    ppsmi 070320091316 Sekitar demonstrasi menentang PPSMI di Masjid Negara

    ppsmi 070320091318 Sekitar demonstrasi menentang PPSMI di Masjid Negara

    Kehadiran mereka menambahkan kredibiliti kepada gerakan mansuhkan PPSMI. Ini bukanlah isu mengenai Bahasa Melayu sahaja, malah ia juga memberi kesan kepada bahasa ibunda. Kehadiran mereka langsung tidak disebut di dalam mana-mana mainstream media yang membuat liputan mengenai demonstrasi ini. Apakah alasan mereka yang pro-PPSMI boleh gunakan untuk menerangkan mengapa kumpulan Cina dari Selangor Chinese Assembly Hall tampil untuk memberikan sokongan kepada GMP?

    ppsmi 070320091319 Sekitar demonstrasi menentang PPSMI di Masjid Negara

    ppsmi 070320091320 Sekitar demonstrasi menentang PPSMI di Masjid Negara

    Setelah melaksanakan solat Zohor, para penggerak demonstrasi mula berkumpul di halaman Masjid Negara. Masa itu barulah kelihatan ramai orang muncul dan saya menganggarkan kehadiran pada ketika itu sudah mencecah 3 ribu orang. Waktu pada ketika itu sudah pukul 2 petang.

    ppsmi 070320091321 Sekitar demonstrasi menentang PPSMI di Masjid Negara

    ppsmi 070320091322 Sekitar demonstrasi menentang PPSMI di Masjid Negara

    ppsmi 070320091323 Sekitar demonstrasi menentang PPSMI di Masjid Negara

    Para pimpinan GMP mula memberikan ucapan dan kata-kata semangat kepada himpunan yang hadir. Hujan renyai-renyai pada waktu ini tetapi ia tidak mematahkan semangat para hadirin yang berada di situ. Suasana mula menjadi panas dan kami melaungkan kata-kata “Hidup Rakyat! Mansuh PPSMI!”

    ppsmi 070320091324 Sekitar demonstrasi menentang PPSMI di Masjid Negara

    Saya diberikan kertas ini untuk diangkat sebagai tanda protes. Malangnya kertas itu tidak kekal lama kerana dibasahi hujan dan saya terpaksa membuangnya kemudian.

    ppsmi 070320091325 Sekitar demonstrasi menentang PPSMI di Masjid Negara

    Kami mula bergerak keluar dari Masjid Negara menuju ke Lebuhraya Mahameru untuk ke Istana Negara. Pada mulanya para peserta tidak dapat keluar kerana dihalang oleh FRU yang mengepung pintu masuk utama Masjid Negara. Saya dan beberapa orang memanjat pagar masjid untuk memintas kepungan FRU. Kami berjaya!

    ppsmi 070320091327 Sekitar demonstrasi menentang PPSMI di Masjid Negara

    ppsmi 070320091328 Sekitar demonstrasi menentang PPSMI di Masjid Negara

    Para peserta himpunan membantah PPSMI berjalan menuju ke destinasi dan melaungkan “Hidup Rakyat! Mansuh PPSMI!”. Kumpulan-kumpulan dari kawasan lain (pusat membeli-belah Sogo dan Pasar Seni) menambahkan lagi jumlah kami menjadi hampir 100 ribu orang. Ada pemandu jalanraya yang membunyikan hon dan memberikan thumbs up menyatakan sokongan terbuka kepada kami. Ada juga yang menghala kamera atau telefon bimbit ke arah kami untuk merakamkan peristiwa bersejarah ini. Saya sempat melambai-lambai kepada mereka. Suasana begitu aman, tidak ada para peserta yang menghancurkan cermin kereta atau memukul orang atau pun membakar tayar kereta. Disiplin tetap ada dan kehadiran kami hanyalah untuk menunjukkan bantahan terbuka terhadap dasar PPSMI yang menyesatkan.

    ppsmi 070320091329 Sekitar demonstrasi menentang PPSMI di Masjid Negara

    ppsmi 070320091330 Sekitar demonstrasi menentang PPSMI di Masjid Negara

    ppsmi 070320091331 Sekitar demonstrasi menentang PPSMI di Masjid Negara

    Para anjing kerajaan bertopi merah (Unit Simpanan Persekutuan) mula melepaskan tembakan gas pemedih mata apabila kami sampai di bawah jejantas. Saya boleh mendengar dentuman bunyi gas pemedih mata dilepaskan dan saya nampak sebuah tong gas pemedih mata yang jatuh tidak berapa jauh dari tempat saya di atas jalanraya. Suasana mula menjadi hiruk-pikuk dan orang ramai lari bertaburan untuk mengelakkan kesan gas pemedih mata tetapi berkumpul semula untuk “melawan” anjing-anjing kerajaan. Saya juga telah mengalami kesan daripada gas tersebut. Nasib saya baik kerana mereka yang berada di situ memberikan saya air untuk membasuh muka dan sedikit bunga cengkih untuk dikunyah dan ditelan untuk meneutralkan kesan gas.

    Barulah saya tahu bagaimana rasanya orang Palestin apabila ditembak oleh rejim Zionis. Keadaan tidak ubah seperti di Genting Gaza!

    ppsmi 070320091333 Sekitar demonstrasi menentang PPSMI di Masjid Negara

    Saya sempat mengambil gambar ini apabila saya berundur beberapa meter untuk melarikan diri daripada kesan gas. Jam sudah menunjukkan pukul 3 petang dan kami masih berada di kawasan lebuhraya. Belum sampai lagi ke istana!

    ppsmi 070320091336 Sekitar demonstrasi menentang PPSMI di Masjid Negara

    ppsmi 070320091337 Sekitar demonstrasi menentang PPSMI di Masjid Negara

    Mungkin disebabkan tentangan terlalu hebat di depan, maka para pemimpin yang mengepalai kumpulan kami menyuruh kami “berundur” ke kawasan Masjid Negara. Ini yang saya sempat ambil pada waktu itu. Saya sendiri berlari-lari mengekori kumpulan demonstrasi untuk kembali ke Masjid Negara.

    Apabila sampai di kawasan masjid, anjing-anjing kerajaan bertopi merah yang berada di situ melepaskan “air gatal” dan gas pemedih mata untuk memaksa para peserta himpunan untuk bersurai. Saya berlari ke kawasan mengambil wuduk untuk membasuh muka. Sekali lagi saya terkena kesan dari gas pemedih mata. Apakah mereka tidak menghormati masjid?

    ppsmi 070320091338 Sekitar demonstrasi menentang PPSMI di Masjid Negara

    Saya masuk ke dalam dewan solat masjid di mana keadaan adalah bertutup dan ada penghawa dingin. Kelihatan TG Hj. Hadi Awang, ahli Parlimen Marang dan Presiden PAS, memberikan taklimat kepada hadirin. Turut kelihatan ialah Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan YB Salahuddin Ayub. Saya tidak dapat mendengar dengan jelas tetapi dari apa yang saya faham, Tuan Guru menyatakan bahawa matlamat himpunan telah tercapai dan para hadirin boleh bersurai. Jam pada ketika itu sudah menunjukkan 3.48 petang.

    08 Mac

    9 komen »

    1. Satu kronolgi yang amat bagus untuk dibaca. Cayalah!

      Komen ditulis oleh rohaizad — Mac 8, 2009 @ 11:55 am

    2. Wah so many people. I wonder their effort can make any changes.

      Komen ditulis oleh hyperX — Mac 8, 2009 @ 12:22 pm

    3. kpd moderator –> terima kasih di atas post ini.. walopon ada sstgh pihak yg memandang sblh mata usaha kalian, tp percayalah, ia adlh utk memartabatkn bahasa kita jgk.. tol x?

      *kredit kpd moderator utk gambar2.. sy ada amik bberapa gambar utk dimuatkn dlm blog sy..

      Komen ditulis oleh HamiWeeRAĆ© — Mac 8, 2009 @ 4:26 pm

    4. nice pic and entry…sy akan masukkan beberapa gmbr dlm sy punye blog..nak sebarkan kpd student2 kt U saya supaya jadi diorang tahu macamane berjuang utk bahasa Melayu tetapi dihalang oleh org Melayu..

      Komen ditulis oleh wan — Mac 8, 2009 @ 5:26 pm

    5. satu covegare yang mantap…..tahniah kepada semua pencinta bahasa! rakyat sudah meluahkan perasaan tetapi tetap dikhianati!!….yakinlah rakyat pasti menang

      Komen ditulis oleh Truckster — Mac 8, 2009 @ 8:20 pm

    6. utusan/bernama melaporkan 5ribu yg berkumpul..kalau tgk gmbar 50ribu pun masih tak seramai dalam gambar.

      p/s: mintak izin copy gmbr.tq

      Komen ditulis oleh ANSARI — Mac 8, 2009 @ 8:22 pm

    7. terima kasih kerana barsatu dengan kami menetang si jahil yang tidak tahu nilai bahasa. Tamadun sesebuah bangsa cuma akan berdiri teguh dgn disokong kekuatan bahasa. Detik perarakan itu menginsafkan saya untuk mematahkan kad keahlian UMNO saya. Demi Tuhan,saya tidak akan mengaku hishamudin sbg khalifah di bumi bertuah ini. Jika era kolonial dahulu srikandi menumpahkan darah dengan penjajah,inilah perjuangan kita zaman ini. Aku tak gentar dengan pemedih mata!

      Komen ditulis oleh maisarah — Mac 9, 2009 @ 11:48 pm

    8. Jemput Hadir Program Pasca Himpunan 100RIBU Membantah PPSMI.

      Seminar Halatuju PPSMI Dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan

      sila lawat blog http://seminar-ppsmi.blogspot.com

      Komen ditulis oleh seminar-ppsmi — Mac 10, 2009 @ 3:25 pm

    9. KOLOT!!!!!!orang sekarang pakai Bahasa Inggeris. Malaysia, nak kekal maju atau kekal kolot? THINK AGAIN……

      [MENJ: I am certainly not as backward-thinking as you are where language is concerned. PPSMI is not needed here, get that firmly imprinted in that ugly piece of meat you call a "brain". Apalah ertinya kemajuan jika nilai jatidiri digadaikan?

      So take your own advice....THINK AGAIN, MORON!]

      Komen ditulis oleh think_again — Julai 10, 2009 @ 9:55 pm

    Tinggalkan komen anda