Pendapat Kritis

RSS Feed


  • Serangan ganas rejim Zionis Tel Aviv ke atas Gaza

    gaza terbakar Serangan ganas rejim Zionis Tel Aviv ke atas Gaza

    Gaza bermandikan darah lagi! Apa yang telah dan sedang berlaku di Genting Gaza ketika ini yang diasak oleh serangan udara tentera regim Zionis Tel Aviv adalah terlalu kejam dan tidak berperikemanusian sama sekali! Dunia mengutuk tindakan mereka, tetapi dengan angkuhnya mereka tetap melakukannya tanpa menghiraukan siapa yang menjadi mangsa mereka.

    Sehingga artikel ini ditulis, sudah lebih 360 rakyat Palestin yang terdiri daripada wanita dan kanak-kanak telah terkorban dalam serangan udara tentera Israel yang kini sudah masuk hari keempat.

    Penjenayah-penjenayah perang di Israel harus dihukum di atas kekejaman mereka!

    universiti islam gaza Serangan ganas rejim Zionis Tel Aviv ke atas Gaza

    Universiti Islam di Gaza, kini hancur setelah dibom oleh pesawat-pesawat jet tentera udara Israel pada 29hb Disember 2008.

    budak palestin kereta Serangan ganas rejim Zionis Tel Aviv ke atas Gaza

    Kanak-kanak Palestin di dalam sebuah kereta yang separa hancur selepas serangan udara tentera Israel di Bandar Gaza pada 28hb Disember 2008.

    budak cedera Serangan ganas rejim Zionis Tel Aviv ke atas Gaza

    Seorang kanak-kanak lelaki rakyat Palestinian dibawa masuk ke dalam Hospital Al-Shifa pada 28hb Disember 2008 di Gaza. Tentera udara Israel melancarkan serangan pada hari kedua pengeboman ke atas Gaza dan memusnahkan bangunan-bangunan termasuklah masjid, rumah-rumah orang awam, kenderaan, balai-balai polis dan penjara.

    budak perempuan mangsa Serangan ganas rejim Zionis Tel Aviv ke atas Gaza

    Seorang lagi mangsa kanak-kanak Palestin dibawa masuk ke Hospital Al-Shifa oleh seorang anggota pasukan keselamatan di Gaza pada 27hb Disember 2008.

    kemusnahan rumah Serangan ganas rejim Zionis Tel Aviv ke atas Gaza

    Kemusnahan rumah-rumah dan bangunan yang ditinggalkan oleh serangan tentera Zionis. Bilakah kegilaan ini akan berakhir?

    polis mati dibunuh Serangan ganas rejim Zionis Tel Aviv ke atas Gaza

    Reaksi seorang anggota keselamatan Palestin melihat mayat rakan-rakan sejawatannya yang terbunuh selepas serangan tentera Israel ke atas ibu pejabat pasukan keselamatan di Bandar Gaza, 27hb Disember 2008.

    31 Dis

    5 komen »

    1. Aku tak tau nak cakap apa lagi dah.
      Astaghfirullah.

      Komen ditulis oleh rohaizad — Disember 31, 2008 @ 10:01 am

    2. aku dengar ramai yang mati kan..
      keganasan paling kejap sepanjang 25 tahun ni.. :(

      Komen ditulis oleh kusu — Disember 31, 2008 @ 12:31 pm

    3. aku pun tak tahu nak cakap ape dah..
      just, doakan supaya rakyat palestin selamat daripada israel nie secepat mungkin…

      Komen ditulis oleh aman — Disember 31, 2008 @ 6:11 pm

    4. [...] Mengecam Keganasan Rejim Zionis” bersama Pemuda PR, Jumaat 2 Januari 2009 di Masjid Negara selepas solat Jumaat. Dipimpin [...]

      Ping balik ditulis oleh Demonstrasi mengecam keganasan rejim Zionis oleh MENJ — Januari 1, 2009 @ 11:58 pm

    5. Subhanallah…

      Sejauh mana golongan itu ingin menakluki bumi ini sekalipun…Insyaallah hasratnya memang tidak akan tercapai..itulah janjiNya…Bersamalah kita doa untuk kesejahteraan bumi Palestine..Allahhuakbar….

      Komen ditulis oleh leng77 — Januari 4, 2009 @ 3:52 pm

    6. Perasaan geram dan sedih bile tengok kejadian macam tu..lebih-lebih lagi melibatkan Islam…..

      Komen ditulis oleh leng77 — Januari 4, 2009 @ 3:53 pm

    7. [...] Seriously. If one is still supporting Israel openly despite the evidence of this, this or even this, I really do not know what should I say about people like them. Yes, we know that you support the [...]

      Ping balik ditulis oleh Anyone supporting Israel right now must be an alien by MENJ — Januari 10, 2009 @ 12:17 pm

    Tinggalkan komen anda