Siapakah Adibah Ahmad?

Siapakah wanita ini sebenarnya? Saya pasti bahawa beliau bukanlah pemilik blog adibahahmad.blogspot.com yang sarat dengan pelbagai gambar dan kenyataan yang menghina junjungan besar Nabi Muhammad salla Allahu `alayhi wassallam.
Antara tajuk-tajuk yang telah ditulisnya:
# Babi betul SAW
# member di Sungai Buloh
# Pendatang dari Sungai Buloh Jail
# Nabi enjoi
# Nabi ke Nazi
# Anjing nie siapa
# Ayah, terima kasih
# Muke nya
# Nababi
# Nabi babi
# Nabi anjing
# Buku satan
# Nabi Terorist
Saya merasakan bahawa wanita di dalam gambar itu sebenarnya dianiaya dan pemilik blog berkenaan telah menyalahgunakan gambarnya untuk menyembunyikan identiti sebenarnya. Memang penulis blog itu seorang yang pengecut dan bacul kerana tidak berani mendedahkan identiti sebenarnya. Malahan saya dimaklumkan bahawa nombor telefon yang tertera di blog tersebut adalah palsu.
Tidak ada bezanya sikap Islamfobia pemilik blog ini dengan kes Surind dan sekiranya anda mahu melakukan sesuatu, sila “FLAG” blog ini melalui sistem Blogger.
Tambahan: Blog ini nampaknya sudah dibuang semasa saya cuba melawatinya pada pukul 3.29 petang tadi. Syabas kepada umat Islam di Malaysia kerana membuat “FLAG” sehinggakan pihak Blogger membuangnya daripada sistem mereka.

mereka semakin berani….
Komen ditulis oleh RAJAwang.net — Disember 27, 2008 @ 12:37 am
saya dah baca kes surind dan sy pun pernah flag…kes adibah ini mmg sy yakin bukan dia pemilik blog…mgkn digunakan identiti dia….sesiapa pun boleh baut blog free letak saja identiti sesiapa…lagi pun tak mungkin orang sebegitu berani meletak no tel di public.
Komen ditulis oleh Kujie — Disember 27, 2008 @ 11:25 am
Hi.. keterangan lanjut n respon boleh cuba nengok di sini..
http://justkhai.com/blog/adiba.....-muhammad/
neway, nice blog! sweet theme
Komen ditulis oleh Khai — Disember 27, 2008 @ 7:21 pm
I hope you don’t mind: I posted a link to this article on LKS’ blog in the hopes it might clear up some confusion on a thread there.
The design is good, bold and clear (found the link on WMM!)
Komen ditulis oleh OrangRojak — Disember 31, 2008 @ 12:13 am
owner blog tu xpro langsung….skrg rambut dh putus,tepung dh berselerak…siap laaa kau.ko igt pihak berkuasa xleh hidu…hehehe,mkn xabis laaaa ko tak lamer lagi…aku yakin,rakyat malaysia akan dapat tgk muka dia kat tv skit ari lagi…hell will invite u as guest.
Komen ditulis oleh kingpahat — Januari 2, 2009 @ 7:51 pm
aku yakin gadis tu xbersalah….dia kene sabotaj….mungkin ada org xpuas hati dgn dia….atau ramdom jer.
Komen ditulis oleh kingpahat — Januari 2, 2009 @ 7:53 pm
non islam semakin agresif….
pelbagai medium depa xploit untuk…….(prejudis)
Komen ditulis oleh raf — Januari 26, 2009 @ 3:36 pm
sebenarnya semua tu adalah salah satu serangan dari yahudi…. kalau sahabat2 semua perasan… kebanyakkan orang islam kat malaysia ni dah kekurangan ilmu tentang agama islam dan terlalu mengambil ringan tentang agama…………………
Komen ditulis oleh azudin — April 4, 2009 @ 9:24 pm