close button

Pendapat Kritis

RSS Feed

Siapa yang menderhaka sebenarnya?

khairy samseng Siapa yang menderhaka sebenarnya?

Meluat saya melihat menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin, yang bertindak sebagai samseng jalanan setelah berdegaq-degaq (istilah orang utara) menyatakan bahawa demonstrasi adalah bukan caranya untuk menyelesaikan masalah. Kalau beliau sendiri yang buat, dibolehkan, tetapi orang lain tidak boleh?

Mengenai isu “derhaka” kepada Sultan pula, siapa yang boleh melupakan kumpulan manakah yang menyelar Sultan Terengganu dengan panggilan “Natang” (binatang)? Ini bukan soalan kuiz, ini adalah soalan retorik yang sudah jelas jawapannya. Siapakah yang menabalkan “Sultan Kelantan” baru pada tahun 1993 dengan tujuan untuk menghina Istana Kelantan? Siapakah yang mencetuskan krisis perlembagaan Raja-raja Melayu pada tahun 1983 dan tahun 1992, sehinggakan kedudukan mereka diaibkan dengan sebegitu rupa sekali? Kita sudah maklum bahawa jawapannya hanya satu.

Pepatah Inggeris ada menyatakan: “Pot calling the kettle black”.

11 Feb

4 komen »

  1. Rakyat yang celik pasti meluat tengok perangai dorang ni….

    Komen ditulis oleh Adry — Februari 11, 2009 @ 1:14 pm

  2. sama macam adry.. memang sangat2 meluat!

    Komen ditulis oleh menteil — Februari 11, 2009 @ 3:29 pm

  3. yup, inilah orang politik.. kalo kita geli nak jilat ludah sendiri tapi diorang jilat ludah macam minum air sirap je..

    Komen ditulis oleh bd fabregas — Februari 11, 2009 @ 7:24 pm

  4. ek ele KJ.kecoh jah lebih,bgitu mudah nk lupa kes kami nk derih natang.gtu la klo da gila glamer.melayu mudah lupa!! klo pembngkang wat demo depa kata ini cara xbetul,ini bukan budaya kita..abis klo derang wt demo xpa ka? ada alasan lain yg kkuh ka??? sj nk test suara kut

    Komen ditulis oleh j_hafiz — Februari 13, 2009 @ 4:25 pm

Tinggalkan komen anda

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes