SIS (“Sisters in Shaitaan”) wajar diharamkan

Umum sudah mengetahui pegangan akidah kumpulan feminis ini yang kononnya memperjuangkan hak asasi wanita di dalam Islam tetapi di sebalik “topeng” ini, mereka mendukung dasar Islam liberal yang sesat lagi menyesatkan. Kita sudah tahu bahawa “nabi-nabi wanita” mereka, iaitu Amina Wadud dan Zainah Anwar, telah berkali-kali menyatakan pendirian mereka bahawa pemakaian hijab/tudung adalah “kolot dan tidak perlu”, bahawa poligami harus diharamkan di dalam Islam, wanita boleh mengimamkan solat yang dimakmumkan oleh lelaki, dasar sekularisme adalah “perlu” untuk Islam, dan pelbagai lagi ajaran sesat yang seharusnya diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Ini adalah sesuatu perkara yang sudah lama berlaku dan ia harus disiasat dan segera diselesaikan oleh pihak agama yang berwajib.
Untuk saya sendiri, tidak ada masalah untuk saya memutuskan bahawa “Sisters in Shaitaan” (SIS) adalah pertubuhan yang sesat lagi menyesatkan dan mesti diharamkan dengan serta-merta. Saya tidak akan meletakkan label “Islam” ke dalam nama mereka kerana saya percaya mereka bukanlah Muslimah, tetapi Munafikun, dan ada yang sudah berperangai seperti golongan Kafirun. Semoga Allah SWT memelihara akidah umat Islam di Malaysia dan menjauhkan kita daripada fahaman sesat aliran Islam liberal seperti mana yang dibawa oleh SIS ini.
Bacaan lanjut: Jangan guna nama Islam jika mahu bertentangan dengan syarak
Tulisan yang berkaitan....
Dr. Asri jawab tuduhan sijil palsu
Dr. Asri ditahan, apakah sebabnya?
Menentang pemerintah yang zalim

Saya sokong.
SIS is a joke, really. Takde yang islamikpun pada SIS nih, yang sesat tu memang jelasla.
Komen ditulis oleh SIS sucks — Jun 9, 2009 @ 10:10 pm
yang sedihnya,
orang ramai akan marah kiranya ustazah itu tiada lulusan agama untuk ajar subjek agama dlm sekolah..
tapi, org tak kisah jika org yg tiada ‘belajar bidang agama’ cam zainah anwar melawan fatwa2 ulama, pertikaikan agama islam n mcm2 lagi..
cmne tu..
Komen ditulis oleh zulfakr — Jun 11, 2009 @ 10:25 am