Siti Nurhaliza kunjungi Tuan Guru Nik Aziz

Berita dari Tranungkite:
KOTA BHARU, 2 April: Penyanyi nombor satu Negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Pertemuan yang diadakan di Pejabat Menteri Besar yang berlangsung kira-kira setengah jam itu turut dihadiri suaminya, Datuk Seri Khalid Jiwa atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Datuk K’.
Siti Nurhaliza yang lebih mesra dengan panggilan “Siti” mengambil peluang bertemu dengan Tuan Guru sempena dengan persembahannya di negeri itu sempena keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra yang ke-59 di sebuah hotel malam tadi.
Alhamdulillah, nampaknya Datuk Siti sudah memakai tudung dengan cara yang betul. Roh Islam sudah mula terserlah di dalam diri rupanya. Bila lagi hendak mengisi borang keahlian Parti Bulan Purnama?

Tiada komen »
Tiada komen yang ditinggalkan.
Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URL Jejak Balik
Tinggalkan komen anda
Mahukan gambar di sebelah komen anda? Daftar secara percuma di Gravatar.com.