Syabas, Malaysia!
Jika inilah mutu permainan yang ditunjukkan oleh pasukan bolasepak Malaysia, saya yakin dan menaruh harapan bahawa pasukan kebangsaan mampu menerajui bolasepak Asia seperti yang telah dilakukan oleh Ghani Minhat, Santokh Singh, Mokhtar Dahari dan Soh Chin Aun. Inilah caranya untuk bermain bolasepak!
Soal kalah atau menang adalah soal kedua, yang penting ialah semangat berlawan yang telah ditunjukkan. Sama ada ini kekal menjadi ciri konsisten atau hanya untuk waktu ini, saya tidak dapat menjawabnya sehingga perlawanan kedua Manchester United lwn Malaysia pada Isnin ini.
19 Jul

Semoga MALAYSIA dapat terus semangat juang yang tinggi untuk 2nd game ari senin nie….Tapi diorang tu penat sure tak abis lagi….
Komen ditulis oleh hazman aka species1980 — Julai 19, 2009 @ 5:33 am