Siapa yang menderhaka sebenarnya?

Meluat saya melihat menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin, yang bertindak sebagai samseng jalanan setelah berdegaq-degaq (istilah orang utara) menyatakan bahawa demonstrasi adalah bukan caranya untuk menyelesaikan masalah. Kalau beliau sendiri yang buat, dibolehkan, tetapi orang lain tidak boleh?
Mengenai isu “derhaka” kepada Sultan pula, siapa yang boleh melupakan kumpulan manakah yang menyelar Sultan Terengganu dengan panggilan “Natang” (binatang)? Ini bukan soalan kuiz, ini adalah soalan retorik yang sudah jelas jawapannya. Siapakah yang menabalkan “Sultan Kelantan” baru pada tahun 1993 dengan tujuan untuk menghina Istana Kelantan? Siapakah yang mencetuskan krisis perlembagaan Raja-raja Melayu pada tahun 1983 dan tahun 1992, sehinggakan kedudukan mereka diaibkan dengan sebegitu rupa sekali? Kita sudah maklum bahawa jawapannya hanya satu.
Pepatah Inggeris ada menyatakan: “Pot calling the kettle black”.

