close button

Pendapat Kritis

RSS Feed

Kemalangan ngeri Pedas-Linggi arah selatan

Baru hari ini saya melihat di blog-blog BM heboh tentang kemalangan ngeri yang berlaku di kawasan Pedas-Linggi, yang menurut akhbar harian mengakibatkan 12 orang terbunuh. Ia berpunca daripada sebuah bas ekspres, Delima Ekspres, dari arah Johor Bahru menuju ke utara, terbabas dan memasuki arah yang bertentangan. Bas ekspres tersebut telah merempuh beberapa kenderaan, termasuklah sebuah bas Kebajikan Masyakat dan terbalik.

Di sini saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan takziah pada keluarga mangsa yang terlibat. Bersabarlah kerana semua kejadian adalah ketentuan daripada Allah s.w.t. dan setiap yang hidup pasti akan bertemu dengan-Nya.

Incoming search terms:

  • blog kemalangan ngeri
  • ngeripedas
  • pedas linggi highway accident 2011
  • pedas linggi
  • ngeri
Komen Anda? 0
11 Okt

Tunang saya kemalangan

rusa remuk Tunang saya kemalangan

Tiga hari lepas, tunang saya mengalami kemalangan jalan raya semasa melalui Pekan Nenas menuju ke Bandaraya JB. Dia selamat, tetapi Rusa yang dibawanya hancur remuk akibat dilanggar oleh lori tersebut. Nasib baiklah dia tidak ada apa-apa kecuali kaki yang bengkak, kalau tidak saya sudah menjadi duda.

rusa remuk sebelah Tunang saya kemalangan

Sekarang dia berada di rumah, masih trauma sedikit akibat kemalangan tetapi dapat ditenangkan oleh saya. Kalau ada apa-apa pesanan untuk dia, silalah tinggalkan di kotak komen di bawah, ya?

Incoming search terms:

  • tunang darah manis
  • tunang kemalangan
Komen Anda? 6
14 Jun
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes