Pendapat Kritis

RSS Feed


  • Adibah Ahmed pula

    adibah ahmed screenshot Adibah Ahmed pula

    Belum lagi selesai kes Adibah Ahmad yang dicuri identitinya oleh seorang penyangak Islamfobia, malam tadi saya temui blog baru di adibahahmed.blogspot.com (dengan kesalahan ejaan yang disengajakan) dan saya memaklumkan Rohaizad mengenai perkara ini. Tidak ada beza kandungan blog ini yang mempunyai modus operandi yang sama dengan blog terdahulu. Saya kira orang ini memang menghidapi penyakit mental yang serius kerana berterusan menghina Rasulullah s.a.w. walaupun blog yang telah dimulakannya tidak lama dahulu sudah ditutup oleh pihak Blogger.

    Seperti biasa, tindakan kita adalah untuk FLAG blog ini beramai-ramai sehingga pihak Blogger menutupnya.

    Komen Anda? 3
    01 Jan

    Penjelasan sebenar dari rakan Adibah Ahmad

    adibah ahmad Penjelasan sebenar dari rakan Adibah Ahmad

    Baru tadi saya mendapati ada ulasan yang ditinggalkan di blog saya yang satu lagi oleh seorang rakan Adibah Ahmad yang menjelaskan perkara yang sebenar mengenai isu Adibah Ahmad ini. Disebabkan adalah jelas bahawa beliau tidak bersalah dan ada pendengki yang menggunakan gambar dan nama beliau untuk memburukkan namanya, maka saya terpanggil untuk mendedahkan perkara yang sebenar untuk membersihkan nama beliau.

    Assalamualaikum.

    Hello. Untuk pengetahuan semua, Adibah Ahmad adalah sahabat saya dari sekolah lagi. Sebagai sahabat beliau, saya terpanggil untuk membela beliau kerana saya tahu penulis sebenar CONFIRM bukan beliau.

    Nak dikira logik, mana mungkin beliau sendiri menulis data peribadi dan no telefon tempat kerja apatah lagi memuatkan gambar-gambar sendiri. Cari nahas namanya. Hari-hari beliau dihujani dengan panggilan telefon di tempat kerja, sama ada yang ajak berjumpa, yang maki-hamun, tidak kurang juga yang meluahkan simpati. Bayangkan sudahlah sibuk dengan kerja, kemudian ditambah lagi dengan panggilan panggilan sebegini. Sudah tentunya mengundang depresi dan menganggu kehidupan peribadi. Nasib baik bos dan rakan sepejabat memahami, cuma syarikat tidak mahu nama mereka terbabit.

    Adibah Ahmad yang sebenar amat menghormati agamanya sendiri. Mempercayai Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW. Beliau juga bukannya cetek pengetahuan agama, juga berketurunan baik-baik.

    Selanjutnya…

    Komen Anda? 15
    27 Dis

    Siapakah Adibah Ahmad?

    adibah ahmad Siapakah Adibah Ahmad?

    Siapakah wanita ini sebenarnya? Saya pasti bahawa beliau bukanlah pemilik blog adibahahmad.blogspot.com yang sarat dengan pelbagai gambar dan kenyataan yang menghina junjungan besar Nabi Muhammad salla Allahu `alayhi wassallam.

    Antara tajuk-tajuk yang telah ditulisnya:

    # Babi betul SAW
    # member di Sungai Buloh
    # Pendatang dari Sungai Buloh Jail
    # Nabi enjoi
    # Nabi ke Nazi
    # Anjing nie siapa
    # Ayah, terima kasih
    # Muke nya
    # Nababi
    # Nabi babi
    # Nabi anjing
    # Buku satan
    # Nabi Terorist

    Saya merasakan bahawa wanita di dalam gambar itu sebenarnya dianiaya dan pemilik blog berkenaan telah menyalahgunakan gambarnya untuk menyembunyikan identiti sebenarnya. Memang penulis blog itu seorang yang pengecut dan bacul kerana tidak berani mendedahkan identiti sebenarnya. Malahan saya dimaklumkan bahawa nombor telefon yang tertera di blog tersebut adalah palsu.

    Tidak ada bezanya sikap Islamfobia pemilik blog ini dengan kes Surind dan sekiranya anda mahu melakukan sesuatu, sila “FLAG” blog ini melalui sistem Blogger.

    Tambahan: Blog ini nampaknya sudah dibuang semasa saya cuba melawatinya pada pukul 3.29 petang tadi. Syabas kepada umat Islam di Malaysia kerana membuat “FLAG” sehinggakan pihak Blogger membuangnya daripada sistem mereka.

    Komen Anda? 8
    27 Dis