Saya tidak dapat melihat iklan ini di TV3 kerana ia ditarik balik oleh mereka sebelum saya sedar tentang isu ini. Tetapi almaklumlah, memandangkan ini adalah zaman Internet, maka saya dapat melihatnya di YouTube. Barulah saya sedar bahawa iklan ini memang sesuatu yang kontroversi dan terlampau. Memang patut ia ditarik balik, kerana ia memaparkan elemen-elemen agama Kristian yang terlampau dan menyamakan Islam dengan perayaan paganisme mereka.
Sepatutnya perkara ini tidak berlaku, pihak TV3 harus lebih arif tentang sensitiviti umat Islam.
Incoming search terms:
sinari
sinari lebaran 2010 dayana
sinopsis iklan sinari lebaran tv3
youtube iklan perayaan
Terima kasih kerana melawati blog ini! Sila berlanggan dengan RSS feed saya untuk kemaskini. Visit my English blog.
Selamat Hari Raya Fitrah kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan di dunia. Pendapat Kritis akan mengambil masa ini untuk berehat sebentar dan akan kembali selepas ini. Sementara itu, silalah layari laman fotoblog Ocular Perspectives yang baru sahaja dibuka semalam.
Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Fitrah (Eid Mubarak!) kepada para pembaca khasnya dan kepada semua umat Islam di seluruh dunia umumnya. Minta maaf kerana terlambat memberikan ucapan selamat hari raya kerana sibuk dengan urusan peribadi. Tahun ini Hari Raya Fitrah disambut dengan sederhana oleh saya kerana diraikan di rumah sahaja. Ditambah pula dengan masalah kesihatan di pagi Raya dan terpaksalah saya terperap di bilik sahaja sepanjang hari.
Namun saya bersyukur kerana dapat menyempurnakan ibadah puasa di bulan Ramadan. Semoga ibadat kita diterima Allah s.w.t. dan berjumpa di tahun depan, ya Ramadan!