close button

Pendapat Kritis

RSS Feed

Mengapa saya menentang dasar PPSMI

anti ppsmi Mengapa saya menentang dasar PPSMI

Saya harus menjelaskan bahawa saya bukanlah dari keturunan bangsa Melayu. Saya berbangsa Jawa dan tidak pernah saya menafikan hakikat tersebut. Ayah saya berbangsa Jawa dan boleh bertutur di dalam Bahasa Jawa dengan baik. Datuk saya juga berbangsa Jawa dan bertutur di dalam bahasa itu. Moyang saya berasal dari Kampung Solo di kawasan Jawa Barat dan berhijrah ke Tanah Melayu padal awal kurun ke-19. Maka tidak ada sebab kenapa saya harus menentang dasar PPSMI jika dilihat pada susur-galur keturunan saya.

Itu jika ia dipandang dari segi sentimen bangsa atau adat.

Tetapi saya menentang dasar PPSMI kerana saya adalah rakyat Malaysia dan di dalam Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan, petikan tersebut jelas menyatakan bahawa bahasa rasmi dan segala urusan kerajaan, termasuklah dasar pendidikan negara, mesti dan wajib dilaksanakan di dalam Bahasa Melayu. Saya menentang dasar PPSMI yang merosakkan kerana saya adalah seorang patriot negara dan saya setia kepada dasar-dasar kebangsaan. Saya menentang PPSMI kerana saya mendokong Artikel 152 yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Saya menentang dasar PPSMI kerana saya adalah produk daripada dasar bahasa yang mendaulatkan bahasa kebangsaan dari aliran sains (4 Sains 1/5 Sains 1, Sekolah Menengah Kebangsaan Abdullah Munshi, Pulau Pinang) selama dua tahun berturut-turut dan dasar tersebut langsung tidak menjejaskan penguasaan saya di dalam Bahasa Inggeris. Saya menentang dasar PPSMI kerana alasan yang diberikan adalah terlalu bodoh dan hanya mereka yang bukan dari aliran Sains sahaja yang akan ditipu olehnya.

Inilah sebabnya kenapa saya wajib menentang dasar PPSMI. Anda bagaimana?

Incoming search terms:

  • dasarppsmi
  • datuk dalam bahasa jawa
  • ppsmi langgar perlembagaan
Komen Anda? 4
03 Mac
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes