close button


Exit

Pendapat Kritis

RSS Feed

Bukti bahawa fobia Meleis terhadap anjing tidak berasas

anjing

Gambar ini diambil selepas perbicaraan tentang masalah najis anjing. Yang duduk di sebelah kanan sekali ialah Haji Wan Musa, Yang Teramat Mulia Raja Kelantan, Yang Mulia Haji Abbas Toha, Kadi Besar Singapura; dan Haji Nik Muhammad Sidqi Haji Wan Musa.

Yang berdiri di sebelah kanan sekali ialah Yang Mulia Tengku Chik, Yang Mulia Doktor Burhanuddin Al-Hilmi, Yang Berhormat Datuk Seri Diraja Kelantan dan Nik Mahmud.

Komen Anda? 0
22 Okt

Isu Ultras Malaya “menganjingkan” Singapura

Football chanting merupakan ekspresi suara kebencian atau kesukaan terhadap sesuatu. Tiada unsur akhlak pada apa yang dilaungkan. Bagaimana kita ekspresikan kebencian terhadap Israel dengan laungan Israel Zionis, Anjing, Bangsat, dsb., cara yang sama digunapakai di dalam stadium. Intipati yang sama, cuma platform dan motif yang berbeza.

Jadi selepas ini akan terdengarlah suara-suara “Imam Muda” akan berada di dalam stadium untuk memperbetulkan akhlak yang telah “rosak” itu. Sekian, terima kasih.

Komen Anda? 0
26 Nov

Perilaku ahli UMNO/BN

Lihat sahajalah perlakuan ahli UMNO/BN yang dengan begitu biadap sekali menghalau para petugas PAS daripada kawasan rumahnya menggunakan pembesar suara mudahalih. Mereka datang dengan cara yang baik, tetapi dihalau bagaikan mereka ini anjing kurap, hanya kerana manusia laknat yang pro-UMNO ini tidak senang dengan ideologi politik mereka. Beginikah cara ahli UMNO/BN melayan parti lawan?

Namun saya amat menyanjungi sikap para petugas PAS yang membalas tuba dengan madu dengan mengucapkan selamat dan mendoakan rahmat Allah SWT ke atasnya. Inilah perlakuan seorang pejuang Islam yang sebenar.

Komen Anda? 0
06 Jan
Get Adobe Flash player