close button

Pendapat Kritis

RSS Feed

Melayu: Utusan Jangan Jadi Bacul

utusan meloya Melayu: Utusan Jangan Jadi Bacul

Bila sudah sampai ke penghujung nyawa, baru menggelupur hendak menjaga hak orang Melayu? DS Nizar yang memberikan hak milik tanah kepada kaum Cina selama 999 tahun menjadi isu? Yang kamu berikan gunung kepada taukey judi Genting bernama Lim Goh Tong, tidak mengapa? Yang kamu berikan bukit bernama Bukit Tinggi kat Vincent Tan, tidak mengapa? Yang kamu berikan satu pulau di Perak bernama Pangkor Laut kepada YTL, tidak mengapa? Yang kamu berikan Pulau Redang, Terengganu kepada Berjaya milik Vincent Tan, tidak apa?

Mereka ini semuanya Melayu ke? DS Nizar berikan tanah kepada penduduk Cina yang sudah tinggal berpuluh tahun untuk bercucuk tanam, itu yang kamu pertikaikan?

Hari ini kita lihat betapa orang UMNO beria-ia benar hendak mendapatkan sokongan orang Melayu. Orang UMNO menjadi terlalu obses untuk mendapatkan sokongan orang Melayu hanya kerana segelintir orang Melayu boleh diperbodoh-bodohkan, ditakut-takutkan dengan sentimen perkauman. Selama berpuluh-puluh tahun tidak pernah ambil kira nasib orang Melayu, baru sekarang menggelupur hendak menjaga hak orang Melayu.

Tapi Melayu yang ini sememangnya Melayu bacul. Hari ini merayu, merintih hendak mendapatkan sokongan orang Melayu dan sanggup menyepak terajang bangsa-bangsa lain. Bila sudah dekat pilihanraya nanti, percaya atau tidak kita akan melihat golongan Melayu tidak bermaruah ini jugalah yang akan tunduk, melutut dan merayu supaya bangsa-bangsa lain terus mengundi mereka.

Jadi persoalannya sekarang…siapakah yang benar-benar bacul?

Incoming search terms:

  • kenapa beri bukit dan gunung kepada kaum cina
Komen Anda? 0
05 Ogo

Pengecut tidak akan dilayan

baling batu 350x233 Pengecut tidak akan dilayan

Ibarat “baling batu, sembunyi tangan”, ada beberapa orang penulis komentar yang telah meninggalkan “najis” mereka di ruangan komentar blog ini, dengan tujuan menyerang peribadi dan fikrah saya yang jelas berpandukan prinsip dan agama. Tidak seperti mereka yang suka bermuka-muka, mungkin mereka mengharapkan bahawa saya akan melayan karenah mereka yang kebudak-budakan dengan serangan tidak berasas yang begitu stupid, mengikut pengamatan saya. Sekalipun kebebasan berpendapat tidak harus dikekang, namun saya merasakan bahawa jika mereka ini diberikan peluang untuk “bercakap” sekalipun, ia tidak akan mendatangkan apa-apa faedah kepada pengunjung mahupun kepada saya.

Oleh itu saya telah membuat keputusan bahawa pengecut-pengecut ini tidak akan dilayan dan sebarang komentar yang mereka tinggalkan di sini akan dipadam tanpa sebarang amaran. Ingat, saya adalah “tuan rumah” dan saya berhak untuk menendang keluar manusia bacul seperti anda yang hanya tahu menghina tetapi tidak berani mengeluarkan kenyataan di depan saya menggunakan nama sebenar.

Komen Anda? 1
24 Ogo
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes