Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Saya amat bersyukur dan lega dengan keputusan Kementerian Pelajaran memansuhkan dasar PPSMI yang membinasakan dan menghancurkan masa depan rakyat Malaysia. Tiga bulan lepas, saya menyertai Himpunan 100 Ribu Gerakan Mansuhkan PPSMI di Masjid Negara dan berarak menuju ke Istana Negara. Walaupun saya tidak dapat sampai disebabkan halangan oleh Unit Simpanan Persekutuan (selain daripada ditembak gas pemedih mata), namun hasilnya sudah kita lihat pada hari ini.
Akhirnya penguasa yang angkuh sudah mahu mendengar. PPSMI yang langsung tidak menunjukkan sebarang kemajuan untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris (mahupun matapelajaran Sains dan Matematik) telah dimansuhkan. Mereka yang pro-PPSMI sudah gagal di dalam niat mereka untuk melemahkan dan melupuskan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi Perlembagaan Persekutuan!
Saya amat gembira dengan keputusan ini, saya akan melakukan tarian moonwalk untuk meraikan kejayaan pemansuhan dasar PPSMI.
Incoming search terms:
dasar PPSMI DIMANSUHKAN
kenapa ppsmi perlu dimansuhkan
Mengapa PPSMI perlu dimansuhkan
PPSMI perlu dimansuhkAN
ppsmi dihapuskan
Terima kasih kerana melawati blog ini! Sila berlanggan dengan RSS feed saya untuk kemaskini. Visit my English blog.
Di saat kerajaan Barisan Nasional merendahkan martabat bahasa kebangsaan dengan memperkenalkan program PPSMI yang merosakkan bangsa, Berita Harian Singapura pada 14 Mac 2006 menyiarkan sebuah berita dengan tajuk Pelajar China Kuasai Bahasa Melayu.
Mereka yang datang dari Tanah Besar Cina sanggup datang ke kawasan Nusantara untuk menguasai Bahasa Melayu. Bangsa Melayu yang tinggal di Tanah Melayu/Malaya/Malaysia pula yang tergedik-gedik mahu menghancurkan bahasa sendiri dengan mengajar subjek-subjek Sains dan Matematik di dalam bahasa penjajah!
Saya tahu dan sedar bahawa bukan semua ahli-ahli DAP adalah pelampau ekstremis Cina, tetapi kenyataan terbaru YB dari Bukit Mertajam sudah menampakkan di kem manakah beliau berada.
Minta maaf YB, kenyataan anda bercanggah dengan peruntukan di dalam Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan. Sila rujuk kembali dan baca balik petikan di dalam artikel tersebut berulang-kali. Lainlah kalau YB sendiri tidak tahu membaca….