Secara kebetulan saya telah melayari laman web Dewan Bahasa dan Pustaka dan terjumpa akan perkakasan maya Carian Spesifik Kamus/Istilah. Maka saya telah memasukkan carian untuk perkataan “blog” dan inilah hasil carian tersebut.
Sila war-warkan kepada semua bahawa istilah yang betul dan tepat untuk seorang penulis blog mengikut piawaian DBP adalah pemblog.
Terima kasih kerana melawati blog ini! Sila berlanggan dengan RSS feed saya untuk kemaskini.
Memandangkan blog ini adalah blog Bahasa Melayu dan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara, maka saya mengambil keputusan untuk “meMelayukan” WordPress dengan menggunakan pakej terjemahan Bahasa Melayu untuk sistem WordPress. Proses ini sudah pun berjaya dan kini saya mengendalikan laman web ini dengan antaramuka yang 90% menggunakan kosa kata dalam Bahasa Melayu.
Agak kekok pada mulanya untuk melihat perkataan-perkataan seperti “Papan Pemuka” (Dashboard), “Pautan” (Links), “Pemalam” (Plugins) dan sebagainya…tetapi alah bisa, tegal biasa.
Saya bersetuju dengan petisyen untuk Kempen “Satu Sekolah Untuk Semua”. Sistem vernakular pada masa kini di Malaysia adalah produk daripada dasar “pecah dan perintah” British dan ia wajar dihapuskan. Semua sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan (C) dan Jenis Kebangsaan (T) harus diserapkan ke dalam sistem Sekolah Kebangsaan, di mana bahasa pengantarnya adalah Bahasa Melayu, iaitu bahasa kebangsaan. Mata pelajaran Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil harus dibenarkan dan diajar sebagai subjek-subjek elektif di sekolah-sekolah kebangsaan.
Saya tiba di stesen LRT Masjid Jamek pada sekitar pukul 1.15 pm dan saya mula bergerak menuju ke Masjid Negara di mana himpunan diadakan. Saya tiba di Masjid Negara dalam pukul 1.30 pm.
Tidak ramai yang berkeliaran pada ketika itu tetapi para peserta perhimpunan sudah mula berkumpul, saya anggarkan dalam seribu orang. Sementara menunggu azan menandakan waktu Zohor masuk, saya melihat ada kumpulan Cina yang juga hadir memberikan sokongan kepada Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP).
Kehadiran mereka menambahkan kredibiliti kepada gerakan mansuhkan PPSMI. Ini bukanlah isu mengenai Bahasa Melayu sahaja, malah ia juga memberi kesan kepada bahasa ibunda. Kehadiran mereka langsung tidak disebut di dalam mana-mana mainstream media yang membuat liputan mengenai demonstrasi ini. Apakah alasan mereka yang pro-PPSMI boleh gunakan untuk menerangkan mengapa kumpulan Cina dari Selangor Chinese Assembly Hall tampil untuk memberikan sokongan kepada GMP?