close button

Pendapat Kritis

RSS Feed

Sekitar demonstrasi menentang PPSMI di Masjid Negara

Saya tiba di stesen LRT Masjid Jamek pada sekitar pukul 1.15 pm dan saya mula bergerak menuju ke Masjid Negara di mana himpunan diadakan. Saya tiba di Masjid Negara dalam pukul 1.30 pm.

ppsmi 070320091315 Sekitar demonstrasi menentang PPSMI di Masjid Negara

Tidak ramai yang berkeliaran pada ketika itu tetapi para peserta perhimpunan sudah mula berkumpul, saya anggarkan dalam seribu orang. Sementara menunggu azan menandakan waktu Zohor masuk, saya melihat ada kumpulan Cina yang juga hadir memberikan sokongan kepada Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP).

ppsmi 070320091316 Sekitar demonstrasi menentang PPSMI di Masjid Negara

ppsmi 070320091318 Sekitar demonstrasi menentang PPSMI di Masjid Negara

Kehadiran mereka menambahkan kredibiliti kepada gerakan mansuhkan PPSMI. Ini bukanlah isu mengenai Bahasa Melayu sahaja, malah ia juga memberi kesan kepada bahasa ibunda. Kehadiran mereka langsung tidak disebut di dalam mana-mana mainstream media yang membuat liputan mengenai demonstrasi ini. Apakah alasan mereka yang pro-PPSMI boleh gunakan untuk menerangkan mengapa kumpulan Cina dari Selangor Chinese Assembly Hall tampil untuk memberikan sokongan kepada GMP?

Selanjutnya…

Incoming search terms:

  • ppsmi
  • demonstrasi
  • masjid negara
  • Gerakan Mansuhkan PPSMI
  • gambar demonstrasi
Komen Anda? 9
08 Mac

Demonstrasi menentang PPSMI

Saya bangga kerana dapat menghadiri demonstrasi menentang perlaksanaan dasar PPSMI yang bermula dari Masjid Negara dan sepatutnya berarak menuju ke Istana Negara, tetapi dihalang oleh pihak polis dan FRU dengan tong-tong gas pemedih mata. Saya juga telah mengalami kesan daripada gas pemedih mata yang dilepaskan oleh para anjing kerajaan dan terpaksa “berundur” kembali ke Masjid Negara atas arahan pimpinan penentang PPSMI yang mengepalai demonstrasi tersebut. Namun saya berpuas hati kerana dapat menunjukkan bantahan yang sekeras-kerasnya terhadap dasar yang memualkan dan memusnahkan masa depan negara.

Gambar-gambar yang diambil oleh saya sekitar demonstrasi menentang PPSMI di Masjid Negara akan dimuatnaik dalam seketika masa lagi.

Incoming search terms:

  • pihak menentang PPSMI
Komen Anda? 2
07 Mac

Dasar PPSMI projek gagal

timss 2007 Dasar PPSMI projek gagal

Inilah hasil kajian antarabangsa Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS 2007) mengenai prestasi pelajar Malaysia secara am dalam mata pelajaran Matematik dan Sains. Sekarang mereka yang pro-PPSMI tidak mempunyai apa-apa alasan lagi untuk mempertahankan dasar yang merosakkan para pelajar dan menggelapkan masa hadapan negara.

Pada 2007, kajian penting antarabangsa mengenai pencapaian Matematik dan Sains (pelajar Gred 8 atau Tingkatan 2) dilaksanakan membabitkan 59 negara oleh Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS 2007).

Hasil kajian 2007 menunjukkan skor purata pencapaian pelajar Malaysia dalam Matematik dan Sains merosot dengan ketara. Skor Matematik 2007 merosot kepada 474 mata berbanding 508 mata pada 2003 dan 519 bagi 1999, iaitu penurunan sebanyak 34 mata.

Skor Sains pula merosot kepada 471 mata pada 2007 daripada 510 pada 2003 dan 492 bagi kohort 1999. Ini mencatatkan penurunan 40 mata antara 2007 dan 2003.

Di kalangan 59 negara yang mengambil bahagian dalam kajian TIMSS 2007, yang dilaksanakan Sekolah Pendidikan Lynch, Boston College, Chestnut Hill, Massachusetts, Amerika Syarikat itu, ada negara yang skor purata pencapaian pelajarnya meningkat sedikit atau menurun sedikit.

Laporan TIMSS 2007 boleh dimuat turun di sini. Anda masih lagi mahu membantah?

Incoming search terms:

  • dasar ppsmi
  • PROGRAM PPSMI
  • mengapa ppsmi gagal
  • kenapa ppsmi gagal
  • dasar ppsmi di sekolah
Komen Anda? 4
04 Mac

Mengapa saya menentang dasar PPSMI

anti ppsmi Mengapa saya menentang dasar PPSMI

Saya harus menjelaskan bahawa saya bukanlah dari keturunan bangsa Melayu. Saya berbangsa Jawa dan tidak pernah saya menafikan hakikat tersebut. Ayah saya berbangsa Jawa dan boleh bertutur di dalam Bahasa Jawa dengan baik. Datuk saya juga berbangsa Jawa dan bertutur di dalam bahasa itu. Moyang saya berasal dari Kampung Solo di kawasan Jawa Barat dan berhijrah ke Tanah Melayu padal awal kurun ke-19. Maka tidak ada sebab kenapa saya harus menentang dasar PPSMI jika dilihat pada susur-galur keturunan saya.

Itu jika ia dipandang dari segi sentimen bangsa atau adat.

Tetapi saya menentang dasar PPSMI kerana saya adalah rakyat Malaysia dan di dalam Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan, petikan tersebut jelas menyatakan bahawa bahasa rasmi dan segala urusan kerajaan, termasuklah dasar pendidikan negara, mesti dan wajib dilaksanakan di dalam Bahasa Melayu. Saya menentang dasar PPSMI yang merosakkan kerana saya adalah seorang patriot negara dan saya setia kepada dasar-dasar kebangsaan. Saya menentang PPSMI kerana saya mendokong Artikel 152 yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Saya menentang dasar PPSMI kerana saya adalah produk daripada dasar bahasa yang mendaulatkan bahasa kebangsaan dari aliran sains (4 Sains 1/5 Sains 1, Sekolah Menengah Kebangsaan Abdullah Munshi, Pulau Pinang) selama dua tahun berturut-turut dan dasar tersebut langsung tidak menjejaskan penguasaan saya di dalam Bahasa Inggeris. Saya menentang dasar PPSMI kerana alasan yang diberikan adalah terlalu bodoh dan hanya mereka yang bukan dari aliran Sains sahaja yang akan ditipu olehnya.

Inilah sebabnya kenapa saya wajib menentang dasar PPSMI. Anda bagaimana?

Incoming search terms:

  • dasarppsmi
  • datuk dalam bahasa jawa
  • ppsmi langgar perlembagaan
Komen Anda? 4
03 Mac

Pelajar China kuasai Bahasa Melayu

Di saat kerajaan Barisan Nasional merendahkan martabat bahasa kebangsaan dengan memperkenalkan program PPSMI yang merosakkan bangsa, Berita Harian Singapura pada 14 Mac 2006 menyiarkan sebuah berita dengan tajuk Pelajar China Kuasai Bahasa Melayu.

pelajar negeri cina kuasai bm Pelajar China kuasai Bahasa Melayu

Mereka yang datang dari Tanah Besar Cina sanggup datang ke kawasan Nusantara untuk menguasai Bahasa Melayu. Bangsa Melayu yang tinggal di Tanah Melayu/Malaya/Malaysia pula yang tergedik-gedik mahu menghancurkan bahasa sendiri dengan mengajar subjek-subjek Sains dan Matematik di dalam bahasa penjajah!

Incoming search terms:

  • bahasa melayu
  • bahasa kebangsaan
  • pelajar china kuasai bahasa melayu
  • pelajar china menguasai bahasa melayu
  • bahasa kebangsaan a
Komen Anda? 0
02 Mac
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes