Pendapat Kritis

RSS Feed


  • Selesai peningkatan blog

    under construction Selesai peningkatan blog

    Akhirnya saya telah selesai melakukan peningkatan (upgrade) kepada blog. Ini termasuklah meningkatkan perisian WP 2.9 kepada WP 2.9.1 beserta dengan pemalam-pemalam yang digunakan bersamanya. Memang mutakhir ini saya agak sibuk dengan kerja sehinggakan tiada masa yang terluang untuk mengemaskinikan blog. Azam saya untuk masa terdekat ini adalah untuk meningkatkan versi WordPress untuk blog-blog saya yang lain, serta melakukan penambahan pada kandungan blog-blog yang terbelengkalai sejak sekian lama.

    Kalau berkesempatan, ulasan mengenai berita semasa akan menyusul kemudian.

    Komen Anda? 0
    30 Jan

    Ringkasan berita

    Saya meminta maaf kerana tidak mengemaskini blog ini sejak sekian lama. Ini kerana saya sedang membina dua laman web direktori baru, Deques dan Tefra!. Kesibukan ini menyebabkan saya kurang memberikan perhatian kepada tugasan saya sebagai seorang pemblog dan aktivis Muslim, dan saya tahu saya memang bersalah di dalam hal ini.

    Komen Anda? 0
    21 Nov

    Saya adalah seorang pemblog

    Secara kebetulan saya telah melayari laman web Dewan Bahasa dan Pustaka dan terjumpa akan perkakasan maya Carian Spesifik Kamus/Istilah. Maka saya telah memasukkan carian untuk perkataan “blog” dan inilah hasil carian tersebut.

    Istilah blog

    Sila war-warkan kepada semua bahawa istilah yang betul dan tepat untuk seorang penulis blog mengikut piawaian DBP adalah pemblog.

    Komen Anda? 0
    30 Okt

    Blog Tuan Guru Nik Aziz dilancarkan

    tg nik aziz blog Blog Tuan Guru Nik Aziz dilancarkan

    Menarik apabila saya mendapat tahu bahawa blog rasmi TG Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS, telah berjaya dilancarkan. Sila lawati Dari Sudut Perspektif untuk melihat blog Tuan Guru yang baru ini.

    Komen Anda? 2
    28 Mac

    Mari menyahut cabaran blogging

    cabaran blogging Mari menyahut cabaran blogging

    Menyahut cabaran dari Rohaizad, saya membuat keputusan untuk menyertai Cabaran Blogging 2008 yang telah dimulakan oleh beliau. Saya tidak dapat mulakan cabaran ini dengan lebih awal kerana masalah konek-syen yang disebabkan oleh kegilaan TM Nut, yang mengakibatkan saya terputus hubungan dengan dunia luar selama lima hari. Ya, anda telah membacanya dengan betul….lima hari!

    Nasib baik kerja-kerja sebelum ini diletakkan dalam cold storage disebabkan hari perkahwinan adik saya yang bakal tiba tidak lama lagi. Kalau ini berterusan, alamat sudah lingkuplah bisnes saya dan kerjaya saya sebagai seorang Usahawan Internet akan berkubur begitu sahaja. Apapun, dengan lafaz Bismillahirrahmannirrahim, saya mulakan cabaran blogging 2008 dan akan membuat sekurang-kurangnya satu entri setiap hari sehinggalah tamat tempoh cabaran.

    Komen Anda? 4
    19 Nov