Prototaip
Ini adalah prototaip rekabentuk (alpha) tema WordPress untuk penampilan baru Awinsjclarke Blog.

Sila tinggalkan cadangan anda di ruangan komentar jika ada.
Ini adalah prototaip rekabentuk (alpha) tema WordPress untuk penampilan baru Awinsjclarke Blog.

Sila tinggalkan cadangan anda di ruangan komentar jika ada.

Saudara Hasbullah Pit ada menyebut mengenai istilah blogawan untuk merujuk kepada para penulis yang mengemaskini sesuatu laman web secara berkala mengikut format diari. Walaupun saya menghargai usaha saudara Hasbullah untuk memartabatkan Bahasa Melayu (ingat, bukan Bahasa Malaysia!) namun saya kurang setuju dengan penggunaan istilah ini dan saya lebih selesa menggunakan istilah “penulis blog” sehingga Dewan Bahasa dan Pustaka menggunakan istilah yang benar-benar rasmi dan tersenarai di dalam Kamus Dewan.
“Blogawan” pada pengamatan saya tidak berapa sesuai, malah seolah-olah berunsur lucah pula. Fikirkan sendiri kenapa

Ibarat “baling batu, sembunyi tangan”, ada beberapa orang penulis komentar yang telah meninggalkan “najis” mereka di ruangan komentar blog ini, dengan tujuan menyerang peribadi dan fikrah saya yang jelas berpandukan prinsip dan agama. Tidak seperti mereka yang suka bermuka-muka, mungkin mereka mengharapkan bahawa saya akan melayan karenah mereka yang kebudak-budakan dengan serangan tidak berasas yang begitu stupid, mengikut pengamatan saya. Sekalipun kebebasan berpendapat tidak harus dikekang, namun saya merasakan bahawa jika mereka ini diberikan peluang untuk “bercakap” sekalipun, ia tidak akan mendatangkan apa-apa faedah kepada pengunjung mahupun kepada saya.
Oleh itu saya telah membuat keputusan bahawa pengecut-pengecut ini tidak akan dilayan dan sebarang komentar yang mereka tinggalkan di sini akan dipadam tanpa sebarang amaran. Ingat, saya adalah “tuan rumah” dan saya berhak untuk menendang keluar manusia bacul seperti anda yang hanya tahu menghina tetapi tidak berani mengeluarkan kenyataan di depan saya menggunakan nama sebenar.