close button

Pendapat Kritis

RSS Feed

ZAM timbul kembali?

zainuddin maidin ZAM timbul kembali?

Masihkah anda ingat dengan manusia ini? Ya, Zainuddin “Goblok” Maidin sudah kembali, kononnya untuk menulis dan menerbitkan buku memoirnya setelah “bersara” daripada politik (sebenarnya bukan bersara, beliau kalah teruk dalam Pilihanraya Umum ke-12 di kerusi Parlimen Sungai Petani).

Di dalam temubualnya dengan The Star, beliau menyatakan bahawa beliau mempelajari Bahasa Inggeris ketika berumur 17 tahun. Anda boleh mendengar sendiri kualiti penguasaannya di dalam bahasa tersebut di dalam video ini.

Selanjutnya…

Komen Anda? 0
13 Jul

Perak oh Perak

speaker dewan perak Perak oh Perak

Mula-mula mereka melakukan kudeta dengan merampas jawatan Menteri Besar Perak. Hari ini mereka melakukannya sekali lagi dengan cubaan merampas kerusi Speaker Dewan Undangan Negeri tanpa melalui proses perundangan Dewan yang telah termaktub di dalam Undang-Undang Tubuh Negeri.

Baca kronologi kejadian “rampasan kerusi” terbaru oleh BN di sini.

Komen Anda? 0
07 Mei

BN sudah terdesak?

Adalah sesuatu yang malang jika seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang memegang portfolio hal-ehwal agama Islam hadir di sebuah majlis yang memaparkan gadis berimej seksi dan mengalu-alukan perlakuan seperti ini atas alasan “…ini budaya mereka”.

Menteri agama apakah seperti ini? Tepuk dada, tanya iman!

Komen Anda? 2
02 Apr

Ahli Parlimen Bukit Gantang meninggal dunia

Baru mendapat berita bahawa ahli Parlimen Bukit Gantang dari PAS telah kembali rahmatullah. Inna lillahi wa inna ilayhi ra’a ji’un. Ucapan takziah saya kepada keluarga dan rakan-rakan beliau di atas pemergiannya.

Namun saya melihat ini ada hikmah di sebaliknya. Jika sebelum ini PAS memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang dengan majoriti 1,566 undi, saya teramat yakin bahawa kali ini PAS boleh mendapat kerusi ini dengan majoriti yang sepuluh kali ganda daripada itu. Malah tidak mustahil, apabila kita mengambil kira kemarahan rakyat Perak atas kejadian rampasan kuasa kerajaan negeri baru-baru ini, bahawa calon BN akan hilang wang pertaruhan.

Komen Anda? 0
09 Feb

Penyangak UMNO tidak akan dilayan

Saya telah memadam beberapa komen yang jelas datangnya dari para penyokong UMNO/BN dengan kata-kata kesat dan sindiran terhadap pimpinan Pakatan Rakyat hanya disebabkan jatuhnya kerajaan negeri Perak. Saya mengambil tindakan ini bukan kerana saya anti-demokrasi atau tidak bersifat terbuka kepada kritikan, tetapi kalau inilah mentaliti yang ditunjukkan, saya rasa mereka ini tidak layak untuk melibatkan diri di dalam blog ini. Jadi ini adalah amaran saya: berbicaralah dengan beradab kalau ingin berdebat dan gunakan akal untuk berhujah, atau saya tidak akan teragak-agak memadam komen anda. Kurangnya adab dan ikhlaq dalam komentar yang diberikan menunjukkan betapa kurangnya perhatian ibubapa yang mendidik dan juga ilmu agama yang nipis.

Kasihan, sungguh kasihan!

Selanjutnya…

Komen Anda? 4
07 Feb
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes