close button

Pendapat Kritis

RSS Feed

Kerajaan Pakatan negeri Perak jatuh

Kenyataan ini tidak boleh disangkal lagi, saya berharap semua penyokong Pakatan Rakyat, terutamanya ahli-ahli PAS, bersabar dan tenang menghadapi musibah ini. Jelas sekarang bahawa Babi Negara (BN) sanggup melakukan apa sahaja, termasuklah “menculik” ADUN-ADUN dan menawarkan “imbuhan” yang sangat tinggi (khabarnya setiap seorang mendapat RM50 juta) untuk memujuk mereka melompat parti.

Ini suatu taktik yang sudah lapuk, ia berlaku sejak PAS mula-mula menguasai kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu buat pertama kalinya dalam tahun 1950-an. Kerajaan Terengganu PAS pada tahun 1959 hanya dapat bertahan selama setahun sebelum jatuh akibat undi tidak percaya. Kita juga maklum dengan kejatuhan kerajaan negeri Sabah pimpinan PBS pada tahun 1994 akibat “pembelian” Babi Negara (BN).

Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian yang sedang berlaku ini, kita tidak tahu. Hanya Allah s.w.t. yang menentukan, bukannya manusia.

Incoming search terms:

  • jatuh kerajaan pakatan perak
Komen Anda? 1
04 Feb

Pilihanraya kecil P36 Kuala Terengganu

wahid endut p36 Pilihanraya kecil P36 Kuala Terengganu

Pemilihan Mohd Abdul Wahid Endut sebagai calon PAS untuk pilihanraya kecil Kuala Terengganu adalah sesuatu yang tepat, insya Allah. Menurut pemahaman saya, beliau terkenal di kawasan tersebut sebagai seorang yang peramah dengan imej yang bersih. Rekodnya sebagai ADUN Wafaf Mempelam selama lima penggal berturut-turut juga adalah suatu faktor penting kerana rakyat Terengganu secara amnya masih bermentaliti UMNO. Untuk seorang ADUN PAS menang di kawasan yang dikuasai musuh selama lima penggal adalah sesuatu yang sukar ditandingi oleh sesiapa pun.

Justeru, saya mendoakan agar bulan akan mengambang dan sinarnya membasahi bumi Kuala Terengganu. Semoga dancing akan hancur dan lenyap selama-lamanya dari situ.

Komen Anda? 2
05 Jan

MB Terengganu mencarut

Sekiranya inilah yang diamalkan oleh para pemimpin Barisan Nasional / UMNO, maka selayaknya rakyat menolak mereka secara keseluruhan dalam pilihanraya akan datang. “Mencarut amalan kita”, adakah kita harus membenarkannya tanpa melakukan sesuatu?

Ahmad Said (BN-Kijai): Datuk Yang Dipertua, inilah perangai binatang (tepuk). Roboh, menghalau budak-budak sekolah daripada tempat mereka, buat bangunan, tak ada kerajaan dalam dunia ini menghalau budak sekolah, merobohkan. Perangai seperti setan, Datuk Yang Dipertua (tepuk).
Abdul Wahid Endut (PAS-Wakaf Mempelam): Yang Berhormat Datuk Yang Dipertua, dia nak apa pun katalah kalau Yang Dipertua terima, saya tak ada masalah.
Ahmad: Saya tak ada masalah jugak, pasal mung jahat. Bila-bila masa, jumpa ah.
Abdul Wahid: Rupa-rupanya orang hak terasa. Ada orang terasa.
Ahmad: Terasa apa, mung jahat. Muka je pakai songkok. Songkok fesyen apa gini, fesyen iblis.
Che Mat: Sila bertenang Yang Berhormat.
Ahmad: Kabar mung nak kat mana. Lepas ni, boleh jumpa lagi.
Abdul Wahid: Inilah Yang Berhormat, orang yang saya hadapi. Bercakap secara gentleman tapi nak ajak gocoh semacam.
Ahmad: Gentleman babi apa begitu, Yang Dipertua. Gentleman, cakap gentleman. Kata ikut dan sekali, benda apa ni. Mengarut sekali, bersajak, bersyair. Gila ni, Yang Dipertua.

Komen Anda? 2
19 Nov

Menunggu pertukaran kerajaan 16/9

pakatan logo Menunggu pertukaran kerajaan 16/9

Kita menunggu dengan sabar detik di mana akhirnya pemerintahan Putrajaya beralih tangan daripada Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat yang diketuai DSAI. Saya yakin bahawa inilah saat yang ditunggu oleh seluruh rakyat Malaysia, dan langkah ke Putrajaya sudah semakin hampir. Walaupun tiada perubahan kerajaan pada hari ini, namun peralihan kuasa akan tetap berlaku juga pada masa terdekat ini kerana rakyat umumnya sudah muak dengan mentaliti civil servant penguasa sekarang ini yang terkenal dengan “menantu” dan “tidur” sahaja.

Nyahlah Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat, mara terus!

Incoming search terms:

  • pakatan rakyat logo
  • logo pakatan rakyat
  • lambang pakatan rakyat
  • pakatan rakyat
  • LOGO KERAJAAN
Komen Anda? 0
16 Sep

Maksud B.N. yang pelbagai

Memang lucu apabila Ustaz Akhil Hayy, seorang bekas rockers yang kini menjadi pendakwah, memberikan tafsirannya sendiri yang pelbagai mengenai maksud akronim “B.N.”

Incoming search terms:

  • maksud bn
  • maksud pelbagai
  • maksud akronim
  • bn maksud
  • maksud logo bn
Komen Anda? 2
15 Jul
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes