
Siapa yang tidak teruja apabila melihat persembahan pasukan bola sepak kebangsaan yang begitu membanggakan apabila bermain melawan Viet Nam dalam dua pertandingan separuh akhir? Akhirnya bola sepak Malaysia telah mula menunjukkan potensi apabila layak ke final Piala AFF. Setelah menang pingat emas Sukan SEA tahun lepas, inilah peluang buat Malaysia untuk menjulang Piala AFF dan kembali menduduki takhta nombor 1 seperti pada dekad 60-an dan 70-an.
Bagi saya, menang atau kalah tidak penting. Yang penting ialah Harimau Malaya bermain seperti pro, dan bukan seperti pondan.
Selanjutnya…
Incoming search terms:
- muslim harimau malaya
- harimau malaya sukan sea
- bola sepak malaysia
- harimau malaya menang sukan sea
- tiada semangat kesukanan
Terima kasih kerana melawati blog ini! Sila berlanggan dengan RSS feed saya untuk kemaskini. Visit my English blog.
26 Dis

Perlawanan separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil antara Malaysia dan Viet Nam baru sahaja tamat sejam lepas dan keputusannya, pasukan Harimau Malaya bimbingan K. Rajagobal telah menang perlawanan ini dengan mengalahkan Viet Nam 2 – 0. Tahniah kepada pasukan kebangsaan kerana jelas pada malam ini mereka telah bermain bola sepak dengan begitu baik sekali, terutamanya pada separuh masa kedua.
Saya amat yakin dan percaya bahawa kegemilangan bola sepak Malaysia era 70-an and 80-an akan digalas oleh pasukan sekarang. Jika ini permainan yang ditunjukkan, bolah sepak Malaysia akan maju ke depan dan tidak mustahil kita akan menyerlah di peringkat Asia dalam masa terdekat ini.
Incoming search terms:
15 Dis

Ini bukan cerita mengenai pasukan bola sepak negeri Perak (yang terkenal dengan laungan “kejor yop, kejor!“), tetapi mengenai sandiwara senario politik di Darul Ridzuan sekarang ini. Minggu lepas, kita dihidangkan dengan berita gembira ADUN Bota yang “berhijrah” dari Barisan Nasional ke Pakatan Rakyat. Sekarang kita dikejutkan pula dengan kes dua ADUN PKR yang diberitakan “hilang” sejak beberapa hari yang lepas kini sedang dipikat oleh UMNO/BN untuk menyertai pembangkang Perak. Desas-desus mengenai kemungkinan ADUN DAP melompat ke MCA juga sudah timbul.
Seperti permainan bola sepak di mana para pemain “mengejar” bola, ahli politik juga sekarang sedang “berkejaran” sesama sendiri agar tiada lompat-melompat berlaku pula, ya? Saya harus memuji sikap ADUN-ADUN PAS yang jelas konsisten dengan perjuangan dan prinsip, tidak seperti ADUN-ADUN lain dari parti yang lagi satu itu. Tunggu dan lihatlah sahaja apa yang berlaku nanti.
Incoming search terms:
- BOLA sepak
- gambar bola sepak
- kejor yop kejor
- BOLASEPAK
- bola sepak PNG
02 Feb