
Dua hari yang lepas, saya pergi ke CIMB Bank dan melalui perkhidmatan Western Union, saya dapat memperoleh wang bayaran program Adsense dari Google Inc. di dalam USD dengan kadar tukaran matawang 3.58, lebih tinggi daripada kadar tukaran yang diberikan dua bulan lepas. Jumlah keseluruhan bagi pembayaran Google kepada saya (untuk dua bulan) berjumlah RM585.27, lebih tinggi dari bayaran yang saya terima sebelumnya.
Siapa kata adalah mustahil untuk menjana wang dari Internet? Dengan program pengiklanan seperti Google Adsense dan yang sewaktu dengannya, adalah tidak mustahil untuk anda menjadikan blog anda sebagai sumber pendapatan tetap. Pun begitu, masih ada juga wujud segelintir binatang yang tidak tahu mengenai kewujudan program sebegini, atau barangkali mereka terlalu banyak menghabiskan masa menghentam Islam sehingga mereka buta kepada hakikat ini?
Terima kasih kerana melawati blog ini! Sila berlanggan dengan RSS feed saya untuk kemaskini.
07 Dis
Barangkali disebabkan kemenangan Barack Obama merebut jawatan Presiden Amerika Syarikat, harapan saya terlalu tinggi sehinggakan minda kebuntuan idea untuk menulis entri. Saya telah mengambil keputusan untuk merehatkan minda buat sementara waktu dan memberi fokus pada urusan teknikal yang melibatkan pemindahan beberapa laman blog ke server yang baru. Mungkin saya akan kembali menulis setelah urusan ini selesai.
Peningkatan jumlah pelawat dalam statistik Inilah Kebenaran muktahir ini amat menggembirakan saya juga. Terima kasih kepada sokongan rakan-rakan penulis blog yang sudi menulis ulasan mengenai laman web tersebut.

08 Nov

Saya telah membuat keputusan untuk menghidupkan semula blog saya, Blogging For Money yang telah terabai sejak sekian lama dari bulan Julai. Untuk mencapai matlamat ini, saya telah mengubah seorang coder untuk membuat tema baru (lihat gambar di atas) bagi blog ini untuk kegunaan WordPress. Saya belum membuat keputusan muktamad lagi tetapi saya bercadang untuk menulis entri di dalam Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Melayu untuk demografi tempatan.
Semoga usaha menghidupkan semula blog ini berjalan dengan lancar, insya’ Allah.
01 Nov