close button

Pendapat Kritis

RSS Feed

RM30 juta untuk rumah ibadat bukan Islam?

Sungguh mengejutkan! Peruntukan tiga puluh juta ringgit diberikan untuk rumah ibadat bukan Islam oleh kerajaan persekutuan?

rumah ibadat bukan islam RM30 juta untuk rumah ibadat bukan Islam?

Dr. Mashitah dengan begitu bangga sekali mengisytiharkan perkara ini, kononnya atas dasar “kebebasan agama”. Tetapi apakah justifikasi perlembagaan untuk membenarkan perkara sebegini di dalam negara ini? Sejak bilakah agama-agama lain selain daripada Islam menjadi agama rasmi negara, baik dari segi kapasiti rasmi, mahupun tidak rasmi? Harta awam tidak selayaknya dipergunakan untuk agama-agama lain yang tiada hak dari segi Perlembagaan Persekutuan.

Saya berharap gerakan Islam dan badan-badan bukan kerajaan yang terlibat akan melihat perkara ini dan membuat bantahan rasmi kepada kerajaan.

Incoming search terms:

  • peruntukan 30 juta rumah ibadat
  • peruntukan rumah ibadat
  • bukan islam dalam negara islam
  • peruntukan 30 juta untuk rumah ibadat bukan islam
  • peruntukan rumah ibadat bukan islam
Komen Anda? 1
07 Mac

Bilakah kita akan melihat ini di Malaysia?

islamic bus campaign Bilakah kita akan melihat ini di Malaysia?

Saya amat mengkagumi usaha ICNA (Islamic Circle of North America) membawa metod dakwah yang amat kreatif di bandaraya Chicago di Amerika Syarikat. Gambar ini merupakan sebahagian daripada kempen mereka untuk membawa mesej Islam kepada para penduduk di kawasan sekitarnya. Malangnya negara kita ini yang sering diwar-warkan sebagai “negara Muslim” (bukan “negara Islam”) yang dikira agak termaju di dunia Islam amat terkebelakang di dalam berdakwah dan memperkenalkan mesej Islam kepada mereka yang bukan Islam. Adakah JAKIM mampu melaksanakan inisiatif seperti ini dengan mempamerkan iklan hotline Islam di bas-bas RapidKL?

Incoming search terms:

  • iklan di bus rapid
  • bilakah kita
  • iklan di bus rapid kl
  • iklan islamik
  • komen amerika syarikat terhadap malaysia
Komen Anda? 9
23 Sep
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes