Dato’ Seri Nizar hari ini mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen Bukit Gantang, tetapi dihumban keluar dari Parlimen oleh Speaker Dewan Rakyat yang sememangnya pro-BN. Untuk berita lanjut, sila rujuk di sini.
Terima kasih kerana melawati blog ini! Sila berlanggan dengan RSS feed saya untuk kemaskini. Visit my English blog.
Keputusan tidak rasmi, Datuk Seri Nizar Jamaluddin mendahului calon Barisan Nasional di Bukit Gantang berdasarkan laporan Harakahdaily. Ini adalah satu berita yang menggembirakan, sama-sama kita menunggu keputusan rasmi tidak lama lagi.
Adalah sesuatu yang malang jika seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang memegang portfolio hal-ehwal agama Islam hadir di sebuah majlis yang memaparkan gadis berimej seksi dan mengalu-alukan perlakuan seperti ini atas alasan “…ini budaya mereka”.
Menteri agama apakah seperti ini? Tepuk dada, tanya iman!
Baru mendapat berita bahawa ahli Parlimen Bukit Gantang dari PAS telah kembali rahmatullah. Inna lillahi wa inna ilayhi ra’a ji’un. Ucapan takziah saya kepada keluarga dan rakan-rakan beliau di atas pemergiannya.
Namun saya melihat ini ada hikmah di sebaliknya. Jika sebelum ini PAS memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang dengan majoriti 1,566 undi, saya teramat yakin bahawa kali ini PAS boleh mendapat kerusi ini dengan majoriti yang sepuluh kali ganda daripada itu. Malah tidak mustahil, apabila kita mengambil kira kemarahan rakyat Perak atas kejadian rampasan kuasa kerajaan negeri baru-baru ini, bahawa calon BN akan hilang wang pertaruhan.