Saya tiba di stesen LRT Masjid Jamek pada sekitar pukul 1.15 pm dan saya mula bergerak menuju ke Masjid Negara di mana himpunan diadakan. Saya tiba di Masjid Negara dalam pukul 1.30 pm.
Tidak ramai yang berkeliaran pada ketika itu tetapi para peserta perhimpunan sudah mula berkumpul, saya anggarkan dalam seribu orang. Sementara menunggu azan menandakan waktu Zohor masuk, saya melihat ada kumpulan Cina yang juga hadir memberikan sokongan kepada Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP).
Kehadiran mereka menambahkan kredibiliti kepada gerakan mansuhkan PPSMI. Ini bukanlah isu mengenai Bahasa Melayu sahaja, malah ia juga memberi kesan kepada bahasa ibunda. Kehadiran mereka langsung tidak disebut di dalam mana-mana mainstream media yang membuat liputan mengenai demonstrasi ini. Apakah alasan mereka yang pro-PPSMI boleh gunakan untuk menerangkan mengapa kumpulan Cina dari Selangor Chinese Assembly Hall tampil untuk memberikan sokongan kepada GMP?
Saya bangga kerana dapat menghadiri demonstrasi menentang perlaksanaan dasar PPSMI yang bermula dari Masjid Negara dan sepatutnya berarak menuju ke Istana Negara, tetapi dihalang oleh pihak polis dan FRU dengan tong-tong gas pemedih mata. Saya juga telah mengalami kesan daripada gas pemedih mata yang dilepaskan oleh para anjing kerajaan dan terpaksa “berundur” kembali ke Masjid Negara atas arahan pimpinan penentang PPSMI yang mengepalai demonstrasi tersebut. Namun saya berpuas hati kerana dapat menunjukkan bantahan yang sekeras-kerasnya terhadap dasar yang memualkan dan memusnahkan masa depan negara.
Gambar-gambar yang diambil oleh saya sekitar demonstrasi menentang PPSMI di Masjid Negara akan dimuatnaik dalam seketika masa lagi.
“Demonstrasi Mengecam Keganasan Rejim Zionis” bersama Pemuda PR, Jumaat 2 Januari 2009 di Masjid Negara selepas solat Jumaat. Dipimpin oleh Saudara Shamsul Iskandar Md Akin (Ketua AMKM) dan YB Salahuddin Ayub (Ketua DPPP). Semua adalah dijemput hadir. Sekian.
Terdapat sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh al-Bukhari yang menyatakan “bercakap benarlah kepada seorang pemerintah yang zalim”. Bukan semua orang mampu untuk berbuat demikian, maka di dalam Islam ini adalah sesuatu yang bukan sahaja digalakkan, tetapi juga suatu perkara yang berani. Di dalam konteks Malaysia yang mengamalkan sistem demokrasi berpelembagaan, kita sudah melihat rakyat sudah mula bersuara menentang “pemerintah yang zalim” itu melalui peti undi pada 8 Mac yang lepas. Masalahnya sekarang pemerintah di peringkat Pusat barangkali tidak faham atau sengaja memekakkan telinga kepada masalah rakyat dengan menaikkan kadar petrol kepada RM2.70 baru-baru ini.