Dengan bongkaknya samseng ini yang merupakan menantu kepada Perdana Menteri yang paling lemah dalam sejarah Malaysia menyatakan hasrat ingin “menguburkan” karier politik DSAI.
Siapa sebenarnya yang berlagak seperti samseng sekarang ini? Saya cukup meluat dengan ceramah politik yang berbaur agresif serta tidak menunjukkan sebarang kematangan politik dalam menangani isu-isu sebenar yang melanda negara sekarang ini. Yang ada hanya serang, serang dan serang lagi peribadi calon di sebelah sana. Tuduhan-tuduhan lama dimainkan kembali, tetapi siapa yang sebenarnya “menjual” ECM Libra kepada bangsa asing?
Jika benar Saiful Bukhari telah diliwat, mengapakah laporan perubatan daripada Hospital Pusrawi memberikan kenyataan yang sebaliknya?
Saya berasa amat sukar untuk menafikan bahawa si Saiful ini adalah seorang pembohong dan laporan polis terhadap DSAI dibuat disebabkan konspirasi yang didalangi pihak-pihak tertentu. Tidak tahulah saya kalau ahli-ahli UMNO/BN yang masih mahu menegakkan benang yang basah berkata sebaliknya…..
Dokumentari video berikut yang diterbitkan oleh ABC menyorot kembali sejarah peristiwa konspirasi politik untuk menjatuhkan DSAI dan seterusnya mencetuskan gerakan Reformasi yang kini sudah sampai kepada kemuncaknya dengan kejayaan Pakatan Rakyat merampas lima buah negeri daripada cengkaman Barua Negara.