
Siapa yang tidak teruja apabila melihat persembahan pasukan bola sepak kebangsaan yang begitu membanggakan apabila bermain melawan Viet Nam dalam dua pertandingan separuh akhir? Akhirnya bola sepak Malaysia telah mula menunjukkan potensi apabila layak ke final Piala AFF. Setelah menang pingat emas Sukan SEA tahun lepas, inilah peluang buat Malaysia untuk menjulang Piala AFF dan kembali menduduki takhta nombor 1 seperti pada dekad 60-an dan 70-an.
Bagi saya, menang atau kalah tidak penting. Yang penting ialah Harimau Malaya bermain seperti pro, dan bukan seperti pondan.
Selanjutnya…
Incoming search terms:
- muslim harimau malaya
- harimau malaya sukan sea
- bola sepak malaysia
- harimau malaya menang sukan sea
- tiada semangat kesukanan
Terima kasih kerana melawati blog ini! Sila berlanggan dengan RSS feed saya untuk kemaskini. Visit my English blog.
26 Dis

Kemenangan yang penuh bermakna dengan permainan yang mengancam ditunjukkan oleh wira-wira negara kita pada perlawanan akhir bolasepak Sukan SEA. Penantian ini adalah cukup lama, kemarau selama 20 tahun memang memerlukan kesabaran dan semangat yang jitu.
Tahniah dan syabas kepada pasukan Harimau Malaya! Kita sudah buktikan bahawa bolasepak belum mati di Malaysia dan pingat emas adalah milik kita!
Incoming search terms:
- sukan sea 2011 bola sepak
- pingat emas sukan sea 2011
- pingat emas sukan sea
- bolasepak sukan sea 2011
- bola sepak sukan sea 2011
17 Dis

Saya agak kecewa dengan mutu permainan dan persembahan yang ditunjukkan oleh Lee Chong Wei di perlawanan akhir badminton melawan pemain dari Negara Cina, Lin Dan. Saya menjangkakan bahawa sekalipun kalah, ia akan berlarutan sehingga set ke-3. Tetapi kekalahan seperti ini adalah amat memalukan dan tidak sama sekali menunjukkan bahawa beliau adalah Pemain No 2 Dunia dan jauh sekali daripada aksi memberangsangkan yang ditunjukkan oleh beliau sebelum melangkah ke perlawanan akhir. Jelas bahawa tekanan terlalu menggunung untuk dihadapi oleh Lee Chong Wei pada detik-detik terakhir permainan set ke-2.
Maka hampalah kami melihat lagu “Negaraku” berkumandang dan terpaksalah berpuas hati dengan pingat perak sahaja.
Incoming search terms:
- badminton
- lee chong wei badminton jersey
- gambar permainan badminton
- perlawanan badminton
- mutu permainan badminton
17 Ogo