Pendapat Kritis

RSS Feed

  • gap discount coupons offer
    anthony robbins coupons
  • Kempen “Israel Suck” di Facebook

    israel suck Kempen Israel Suck di Facebook

    Rakan saya telah memulakan kempen membantah serangan pengganas Zionis ke atas kapal-kapal bantuan kemanusian flotila yang membawa 10,000 tan makanan dan sebagainya ke arah Gaza. Sekiranya anda mempunyai profil Facebook, sila muat turun dan gunakan imej di atas sebagai avatar anda di FB.

    Sekiranya kita tidak memulakannya, siapakah yang akan melakukannya?

    Komen Anda? 1
    01 Jun

    Israel adalah sebuah negara yang tidak sihat akal

    Israel adalah sebuah negara yang tidak sihat akalnya! Inilah rumusan yang boleh disimpulkan apabila saya membaca berita serangan keganasan ke atas kapal-kapal bantuan kemanusiaan yang menuju ke arah Gaza. Apa yang berlaku adalah kesan daripada kealpaan dan kebodohan dunia Barat yang sering melaung-laungkan usul “demokrasi” dan “hak asasi manusia” tetapi apabila menyentuh isu Israel, mereka berdiam diri sahaja.

    Ya Allah! Hancurkanlah negara haram Israel sepertimana Engkau menghancurkan kaum ‘Ad, kaum Tsamud dan rejim Firaun. Ya Allah! Selamatkanlah mereka yang berjuang di jalan-Mu menentang keganasan dan menegakkan keadilan. Amin, amin…thumma amin!

    Komen Anda? 0
    01 Jun

    Apa yang dikatakan PM Erdogan kepada Shimon Peres?

    davos economic forum Apa yang dikatakan PM Erdogan kepada Shimon Peres?

    Terjemahan bebas daripada sedutan ucapan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyib Erdogan, yang membidas kenyataan Presiden Israel Shimon Peres di Forum Ekonomi Dunia, Davos, mengenai Gaza.

    Encik Perez, kamu lebih tua daripada saya tetapi suara kamu adalah terlalu kuat. Ini adalah kerana keadaan psikologi pembuat dosa. Suara saya tidak akan sekuat suara anda, jadi fikirkanlah mengenai perkara ini.

    Mengenai pembunuhan, kamu sememangnya tahu bagaimana untuk melakukannya. Saya tahu bagaimana kamu membunuh kanak-kanak yang bermain di pantai [Gaza]. Saya tahu dua kenyataan penting yang datang daripada dua orang Perdana Menteri anda. Mereka telah menyatakan, “apabila saya masuk ke dalam Palestin dengan menaiki kereta kebal, saya merasa begitu gembira sekali.” Kamu hanya boleh memberikan angka-angka tetapi saya boleh memberitahu kepada anda nama-nama Perdana Menteri tersebut…barangkali anda semua ingin mengetahuinya juga. Saya juga mengutuk dan mengecam mereka yang menyokong ketidakadilan ini, kerana menepuk tangan untuk mereka yang membunuh kanak-kanak dan orang awam yang tidak berdosa, pada pendapat saya, adalah sangat kejam. Ia juga sebuah krisis manusia, kita tidak boleh mengabaikan kebenaran ini.

    Saya telah mengambil banyak nota-nota tetapi saya tidak akan menjawab kesemuanya sekarang ini. Cuma saya ingin menyatakan beberapa perkara: pertama sekali, di dalam kitab Taurat hukum yang keenam menyatakan “Kamu tidak boleh membunuh” namun kita sudah melihat bahawa Israel telah melakukan pembunuhan besar-besaran. Kedua, adalah sangat menarik bahawa seorang penulis Yahudi Gilad Atzmon telah menyatakan “Kebiadapan Israel telah melampaui batas kekejaman”. Juga, kita memetik kenyataan seorang profesor dalam Pengajian Antarabangsa di Universit Oxford, Avi Shlaim — yang pernah menjadi seorang tentera Israel — di dalam suratkhabar The Guardian bahawa “Israel adalah sebuah negara perompak”.

    Dari saat ini, Davos sudah berakhir bagi saya dan saya tidak akan kembali ke Davos kerana anda tidak membenarkan saya berucap dengan bebas. Dia [Peres] berucap selama 25 minit manakala anda hanya membenarkan saya bercakap selama 12 minit…ini tidak boleh diterima sama-sekali.

    Komen Anda? 2
    03 Feb

    We Will Not Go Down

    Jika anda menghargai usaha yang dilakukan oleh Michael Heart untuk menukilkan kesengsaraan rakyat Palestin di Gaza, anda boleh memuat turun lagu ini dalam format .mp3 di sini.

    Komen Anda? 0
    14 Jan

    Sekeping gambar boleh melakarkan seribu perkara

    gaza 01 Sekeping gambar boleh melakarkan seribu perkara

    Lebih banyak gambar-gambar mengenai kekejaman tentera rejim Zionis ke atas para penduduk Gaza. Inilah “para pengganas” yang mereka ingin hapuskan rupanya! Gambar-gambar terbaru berikutnya adalah rakaman tragedi pengeboman dua bangunan sekolah milik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di mana 40 orang kanak-kanak bersembunyi di situ. Semalam, tentera rejim telah mengebom sekolah-sekolah ini yang disangka selamat dari serangan udara, dan telah menyebabkan kematian kanak-kanak ini yang sungguh menyayat hati.

    Saya harus memberi amaran bahawa sekiranya anda mengalami penyakit lemah jantung atau tidak boleh melihat mayat atas sebab-sebab tertentu, sila berhenti di sini dan tutup pelayan web anda.

    Selanjutnya…

    Komen Anda? 9
    08 Jan