Pendapat Kritis

RSS Feed


  • Takbir! Dasar PPSMI dihapuskan!

    ppsmi 070320091318 Takbir! Dasar PPSMI dihapuskan!

    Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Saya amat bersyukur dan lega dengan keputusan Kementerian Pelajaran memansuhkan dasar PPSMI yang membinasakan dan menghancurkan masa depan rakyat Malaysia. Tiga bulan lepas, saya menyertai Himpunan 100 Ribu Gerakan Mansuhkan PPSMI di Masjid Negara dan berarak menuju ke Istana Negara. Walaupun saya tidak dapat sampai disebabkan halangan oleh Unit Simpanan Persekutuan (selain daripada ditembak gas pemedih mata), namun hasilnya sudah kita lihat pada hari ini.

    Akhirnya penguasa yang angkuh sudah mahu mendengar. PPSMI yang langsung tidak menunjukkan sebarang kemajuan untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris (mahupun matapelajaran Sains dan Matematik) telah dimansuhkan. Mereka yang pro-PPSMI sudah gagal di dalam niat mereka untuk melemahkan dan melupuskan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi Perlembagaan Persekutuan!

    Saya amat gembira dengan keputusan ini, saya akan melakukan tarian moonwalk untuk meraikan kejayaan pemansuhan dasar PPSMI.

    Komen Anda? 5
    08 Jul

    Hujah Bahasa Inggeris adalah “bahasa ilmu”

    ppsmi 070320091334 Hujah Bahasa Inggeris adalah bahasa ilmu

    Antara hujah-hujah mereka yang mendokong PPSMI adalah:

    1. Bahasa Inggeris adalah “bahasa ilmu”, kita harus mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris untuk menggalakan perkembangan ilmu.
    2. Mereka yang menolak PPSMI adalah golongan tidak berpelajaran. Tidak sedarkah mereka bahawa Bahasa Inggeris adalah bahasa antarabangsa?
    3. PPSMI tidak akan melemahkan kedudukan Bahasa Melayu.

    Saya tidak bersetuju langsung dengan hujah-hujah bodoh seperti ini. Kalau hendak mengikut tahap pengaruh Inggeris, saya rasa pengaruh Bahasa Inggeris ke atas diri saya adalah lebih tinggi daripada anda, para pendokong PPSMI. English is like a first language to me at home. Saya mengenali Enid Blyton, Sidney Sheldon, Stephen King, C.S. Lewis, Michael Crichton dan Robert A. Heinlein lama sebelum saya mengenali dan membaca A. Samad Said, Othman Puteh, Usman Awang, Khairuddin Ayip dan Shahnon Ahmad. Tetapi saya tetap menentang dasar PPSMI kerana ia adalah suatu cadangan yang bodoh dan tidak masuk akal sama-sekali. Menentang PPSMI bukan bermakna kita menidakkan kedudukan Bahasa Inggeris atau menghalang sesiapa pun daripada mempelajarinya.

    Selanjutnya…

    Komen Anda? 11
    09 Mac

    Sekitar demonstrasi menentang PPSMI di Masjid Negara

    Saya tiba di stesen LRT Masjid Jamek pada sekitar pukul 1.15 pm dan saya mula bergerak menuju ke Masjid Negara di mana himpunan diadakan. Saya tiba di Masjid Negara dalam pukul 1.30 pm.

    ppsmi 070320091315 Sekitar demonstrasi menentang PPSMI di Masjid Negara

    Tidak ramai yang berkeliaran pada ketika itu tetapi para peserta perhimpunan sudah mula berkumpul, saya anggarkan dalam seribu orang. Sementara menunggu azan menandakan waktu Zohor masuk, saya melihat ada kumpulan Cina yang juga hadir memberikan sokongan kepada Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP).

    ppsmi 070320091316 Sekitar demonstrasi menentang PPSMI di Masjid Negara

    ppsmi 070320091318 Sekitar demonstrasi menentang PPSMI di Masjid Negara

    Kehadiran mereka menambahkan kredibiliti kepada gerakan mansuhkan PPSMI. Ini bukanlah isu mengenai Bahasa Melayu sahaja, malah ia juga memberi kesan kepada bahasa ibunda. Kehadiran mereka langsung tidak disebut di dalam mana-mana mainstream media yang membuat liputan mengenai demonstrasi ini. Apakah alasan mereka yang pro-PPSMI boleh gunakan untuk menerangkan mengapa kumpulan Cina dari Selangor Chinese Assembly Hall tampil untuk memberikan sokongan kepada GMP?

    Selanjutnya…

    Komen Anda? 9
    08 Mac

    Demonstrasi menentang PPSMI

    Saya bangga kerana dapat menghadiri demonstrasi menentang perlaksanaan dasar PPSMI yang bermula dari Masjid Negara dan sepatutnya berarak menuju ke Istana Negara, tetapi dihalang oleh pihak polis dan FRU dengan tong-tong gas pemedih mata. Saya juga telah mengalami kesan daripada gas pemedih mata yang dilepaskan oleh para anjing kerajaan dan terpaksa “berundur” kembali ke Masjid Negara atas arahan pimpinan penentang PPSMI yang mengepalai demonstrasi tersebut. Namun saya berpuas hati kerana dapat menunjukkan bantahan yang sekeras-kerasnya terhadap dasar yang memualkan dan memusnahkan masa depan negara.

    Gambar-gambar yang diambil oleh saya sekitar demonstrasi menentang PPSMI di Masjid Negara akan dimuatnaik dalam seketika masa lagi.

    Komen Anda? 2
    07 Mac

    Di Istana Negara Sabtu ini

    jangan bunuh bm Di Istana Negara Sabtu ini

    Pada hari Sabtu minggu ini, saya akan berada di Istana Negara untuk menyertai perhimpunan Gerakan Mansuhkan PPSMI. Saya tidak rela melihat bahasa kebangsaan diperkotak-katikkan oleh mereka yang kononnya memperjuangkan “agama, bangsa dan negara” tetapi gagal mempertahankan peruntukan Artikel 152 dalam Perlembagaan Persekutuan yang jelas mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Sila rujuk kepada risalah anti-PPSMI untuk maklumat lanjut dan war-warkan kepada semua.

    Selanjutnya…

    Komen Anda? 2
    02 Mac