Tahun ke-30
Apabila saya menyedari bahawa saya masih lagi berada di sini di kala usia meningkat naik, saya bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana menguatkan diri saya ini dengan Islam, iman dan ihsan. Tanpa ketiga-tiga perkara ini, tentunya kita tidak akan mengingati Allah s.w.t. dan melupakan nikmat yang telah dilimpahkan oleh-Nya kepada kita. Allah s.w.t boleh mencabut nyawa kita dengan begitu senang, seperti apa yang berlaku kepada musuh Islam ini.
Maka oleh sebab itu, saya menginsafi bahawa tujuan hidup saya di dunia ini adalah untuk mendedikasikan seluruh ilmu dan kemahiran saya untuk perjuangan Islam menentang musuh, dan juga menyumbang kepada gerakan Islam untuk menegakkan Daulah Islamiyyah di muka bumi ini, insya’ Allah.
“Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.” (al-Qur’an, 6:162)
Ada beberapa projek laman-laman web Islam yang sedang saya usahakan untuk ketika ini. Ia akan didedahkan kepada umum dalam sedikit masa lagi.
