Hindraf versi Melayu

Pada saya tidak ada bezanya Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) dengan gerakan ekstremis HINDRAF yang muncul sekitar tahun 2007 – 2008. Ia hanyalah sebuah pertubuhan nasionalis Melayu yang mendokong ideologi assabiyyah tanpa mengira hukum Islam. Inilah akibatnya kalau amalan politik suku, agama suku, berleluasa. Atas kononnya memperjuangkan kepentingan Melayu-Islam, PERKASA mendakwa bahawa mereka bercakap bagi pihak orang Melayu.
Saya masih lagi waras, saya tidak pernah dan tidak akan membenarkan kumpulan perkauman seperti PERKASA ini bercakap untuk pihak saya. Apa yang saya maklum, perjuangan saya adalah berteraskan al-Qur’an dan Sunnah, bangsa tidak ada kena-mengena dengan ideologi saya.
Komen Anda? 0
04 Feb

