Apabila yoga diharamkan, ramai yang menjadi penyibuk

Apabila Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa yoga adalah haram, maka ramailah suara-suara sumbang yang hendak menjadi kaki penyibuk. Walaupun ini merupakan permasalahan dalaman umat Islam yang hendak diselesaikan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, namun mereka yang bukan Islam (baca: kafir) juga ingin turut serta untuk menganggu kewajiban yang diamanahkan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mendokong dan memertahankan akidah umat Islam daripada terhakis.
Kedudukan yoga di dalam Islam sudah jelas dari awal lagi:
Mufti Johor, Datuk Nooh Gadut, ketika mengkritik persoalan ini membabitkan umat Islam, berkata senaman yoga perlu diharamkan kerana bercanggah dengan akidah, syariat serta akhlak Islam dan wajib ditinggalkan individu yang sudah mengamalkannya.
“Keputusan mengharamkan senaman ini juga tidak perlu dipertikaikan lagi kerana ia bertujuan menjaga kesucian agama dan akidah umat Islam,” katanya.

