Pendapat Kritis

RSS Feed


  • Hukum mengucapkan “Selamat Hari Natal”

    Pertanyaan:

    Syaikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin rahimahullah ditanya:

    Bagaimana hukum mengucapkan Merry Christmas (Selamat Hari Natal) kepada orang-orang kafir? Bagaimana pula memberikan jawaban kepada mereka bila mereka mengucapkannya kepada kita? Apakah boleh pergi ke tempat-tempat pesta atau majlis yang mengadakan acara seperti ini? Apakah seseorang berdosa, bila melakukan sesuatu dari yang disebutkan tadi tanpa sengaja (maksud yang sebenarnya) namun dia melakukannya hanya untuk menghormati kawan, malu, perasaan atau sebab-sebab lainnya? Apakah boleh menyerupai mereka di dalam hal itu?

    Jawapan:

    Mengucapkan Merry Christmas (Selamat Hari Natal) atau perayaan keagamaan mereka lainnya kepada orang-orang kafir adalah haram hukumnya menurut kesepakatan para ulama (ijma’).

    Hal ini sebagaimana dinukil dari Ibn al-Qayyim rahimahullah di dalam kitabnya Ahkam Ahl adz-Dzimmah, beliau berkata:

    Adapun mengucapkan selamat berkenaan dengan syiar-syiar kekufuran yang khusus bagi mereka adalah haram menurut kesepakatan para ulama, seperti mengucapkan selamat terhadap hari-hari besar mereka dan puasa mereka, walau sekadar mengucapkan, “semoga hari raya anda diberkati” atau anda yang diberikan ucapan selamat berkenaan dengan perayaan hari besarnya itu dan semisalnya.

    Perbuatan ini, kalaupun orang yang mengucapkannya dapat lari dari kekufuran, maka dia tidak akan lari dari melakukan hal-hal yang diharamkan. Ucapan semacam ini setara dengan ucapannya terhadap perbuatan sujud terhadap Salib bahkan lebih besar dari itu dosanya di sisi Allah. Dan amat dimurka lagi bila memberikan selamat atas minum-minum khamar, membunuh jiwa, melakukan perzinaan dan sebagainya. Banyak sekali orang yang tidak sedikitpun tersisa kadar keimanannya, yang terjatuh ke dalam hal itu sementara dia tidak sedar betapa buruk perbuatannya tersebut. Jadi, barangsiapa yang mengucapkan selamat kepada seorang hamba karena melakukan suatu maksiat, bid’ah atau kekufuran, maka bererti dia telah menghadapi Kemurkaan Allah dan Kemarahan-Nya.

    Mengenai kenapa Ibn al-Qayyim sampai menyatakan bahawa mengucapkan selamat kepada orang-orang kafir berkenaan dengan perayaan hari-hari besar keagamaan mereka haram dan posisinya demikian, kerana hal itu mengandungi persetujuan terhadap syiar-syiar kekufuran yang mereka lakukan dan meredhai hal itu dilakukan mereka sekalipun dirinya sendiri tidak rela terhadap kekufuran itu, akan tetapi adalah haram bagi seorang Muslim meredhai syiar-syiar kekufuran atau mengucapkan selamat kepada orang lain berkenaan dengannya kerana Allah ta’ala tidak meredhai hal itu, sebagaimana dalam firman-Nya:

    Ertinya: “Jika kamu kafir maka sesungguhnya Allah tidak memerlukan (iman)mu dan Dia tidak meridhai kekafiran bagi hamba-Nya; dan jika kamu bersyukur, niscaya Dia meridhai bagimu kesyukuranmu itu.:” [Az-Zumar:7]

    Ertinya : “Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku- cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agamamu.” [Al-Ma`idah :3]

    Jadi, mengucapkan selamat kepada mereka berkenaan dengan hal itu adalah haram, baik mereka itu rakan-rakan sepejabat dengan kita seorang (Muslim) ataupun tidak.

    Selanjutnya…

    Komen Anda? 1
    24 Dis

    Adakah yoga dibenarkan di dalam Islam?

    yoga hindu Adakah yoga dibenarkan di dalam Islam?

    Nampaknya sudah riuh satu Malaya apabila Majlis Fatwa Kebangsaan mengumumkan bahawa fatwa sama ada Islam membenarkan yoga atau tidak akan dikeluarkan tidak lama lagi. Malangnya, apabila persoalan yang melibatkan akidah umat Islam hendak diselesaikan, mulalah musuh-musuh Islam dari kiri dan kanan mengeluarkan “fatwa” mereka sendiri, seolah-oleh merekalah yang layak bertindak sebagai undang-undang, hakim dan juri, semuanya dalam satu! Lebih lucu lagi apabila golongan Islam Liberal melabelkan perkara ini sebagai “Fatwa-titis”. Saya ingin menghujat mereka dengan menyatakan bahawa merekalah yang sebenarnya dihinggapi penyakit Munafik-titis dan golongan yang selama ini menjadi duri dalam daging bagi umat Islam seantero dunia sejak sekian lamanya.

    Selanjutnya…

    Komen Anda? 2
    30 Okt

    Main-main sumpah

    Saya melihat seolah-olah ada suatu trend sekarang bahawa sesiapa sahaja boleh membuat kenyataan dengan bersumpah sesuka hati mereka di dalam masjid, tanpa dibayangi lunas-lunas Syariah dan saksi yang adil. Terbaru, Timbalan Perdana Menteri, al-Ustaaz Najib Razak al-Mongoliani pula telah bersumpah di masjid bahawa beliau tidak kenal Altantunya Shaariibuu secara peribadi, yang sebelum ini telah dikaitkan dengannya.

    Datuk Seri Najib Razak malam tadi bersumpah secara Islam di Masjid Jamek Guar Perahu dekat sini bahawa beliau tidak kenal dan tidak ada kaitan dengan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang mati dibunuh pada 2006 di Puncak Alam, Selangor.

    Timbalan Perdana Menteri itu berkata: ““Walaupun ini bukan sumpah rasmi yang dibuat atas al-Quran.

    “Wallahi, Wabillahi, Watallahi, saya tidak kenal dan tidak ada kaitan dengan wanita warga Mongolia Altantuya (Shaariibuu),” katanya pada akhir ucapannya di majlis penyampaian bantuan RM1.4 juta di Masjid Jamek Guar Perahu dekat sini.

    Sebenarnya saya melihat perlakuan-perlakuan seperti ini sebagai sesuatu yang membimbangkan kerana ia seolah-olah mengetepikan hukum Syariah di mana saksi-saksi diperlukan untuk kenyataan bersumpah agar ia dinilai secara adil oleh hakim. Malah perlakuan seperti ini menyamai sifat orang-orang kafir, terutamanya golongan Kristian yang sememangnya amat gemar melakukan acara bersumpah secara terbuka di dalam gereja ataupun meletakkan tangan mereka di atas Alkitab. Saya berharap Majlis Fatwa Kebangsaan dapat menilai kes-kes bersumpah secara terbuka seperti ini dan mengeluarkan fatwa mengenai penyakit “main-main sumpah” yang dilakukan oleh segelintir umat Islam pada masa kini.

    Komen Anda? 1
    24 Ogo

    Hukuman murtad di dalam Islam

    Hukuman mengenai pesalah murtad di dalam Islam adalah jelas dan tiada keraguan baginya. Namun masih ada pihak yang sering cuba untuk mempertikaikan hakikat ini. Kadangkala saya berasa hairan mengapa mereka yang mengaku diri mereka sebahagian daripada umat Islam cuba untuk berdolak-dalih atau menafikan terus perkara tersebut. Setiap hukum Allah s.w.t. jelas ada hikmahnya. Terdapat kenyataan mengenainya melalui firman Allah di dalam Al-Qur’an:

    Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu [Surah al-Maidah 5:3]

    Perlu diingat bahawa untuk menjadi seorang Muslim yang sejati, kita perlu berpegang pada Al-Qur’an dan Sunnah Nabi s.a.w., dan bukan berdasarkan tanggapan semata-mata apabila membincangkan soal agama mahupun “akhlak yang baik”. Islam adalah agama yang syumul, malah adab berpidato juga ada dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. Dengan mengamalkan ajaran tersbut dengan sebaik-baiknya barulah kita dapat menyerlahkan keindahan agama Islam kepada umat-umat lain.

    Komen Anda? 0
    14 Jun