Saya tidak dapat melihat iklan ini di TV3 kerana ia ditarik balik oleh mereka sebelum saya sedar tentang isu ini. Tetapi almaklumlah, memandangkan ini adalah zaman Internet, maka saya dapat melihatnya di YouTube. Barulah saya sedar bahawa iklan ini memang sesuatu yang kontroversi dan terlampau. Memang patut ia ditarik balik, kerana ia memaparkan elemen-elemen agama Kristian yang terlampau dan menyamakan Islam dengan perayaan paganisme mereka.
Sepatutnya perkara ini tidak berlaku, pihak TV3 harus lebih arif tentang sensitiviti umat Islam.
Incoming search terms:
sinari
sinari lebaran 2010 dayana
sinopsis iklan sinari lebaran tv3
youtube iklan perayaan
Terima kasih kerana melawati blog ini! Sila berlanggan dengan RSS feed saya untuk kemaskini. Visit my English blog.
Saya amat mengkagumi usaha ICNA (Islamic Circle of North America) membawa metod dakwah yang amat kreatif di bandaraya Chicago di Amerika Syarikat. Gambar ini merupakan sebahagian daripada kempen mereka untuk membawa mesej Islam kepada para penduduk di kawasan sekitarnya. Malangnya negara kita ini yang sering diwar-warkan sebagai “negara Muslim” (bukan “negara Islam”) yang dikira agak termaju di dunia Islam amat terkebelakang di dalam berdakwah dan memperkenalkan mesej Islam kepada mereka yang bukan Islam. Adakah JAKIM mampu melaksanakan inisiatif seperti ini dengan mempamerkan iklan hotline Islam di bas-bas RapidKL?