Jika anda mengikuti perkembangan politik semasa, isu yang sedang hangat diperkatakan di blog-blog sosial-politik tempatan adalah mengenai isu seorang Menteri Kabinet yang telah didakwa merogol orang gajinya sendiri dari Indonesia empat tahun dahulu. Ini terkandung di dalam suatu surat yang ditulis oleh kakak mangsa dan dikenali sebagai “Laporan Robengah” (sempena nama orang gaji tersebut yang telah menjadi mangsa menteri). Tetapi siapakah menteri yang dimaksudkan di dalam surat ini?
Jawapannya ada terkandung di dalam gambar di atas, di mana nama menteri tersebut jelas kelihatan selepas ia diperbesarkan.
Incoming search terms:
gambar merogol
gaji menteri kabinet
gambar orang merogol
novel siapa oramg gajiku
orang merogol
Terima kasih kerana melawati blog ini! Sila berlanggan dengan RSS feed saya untuk kemaskini. Visit my English blog.
Akhirnya sejak sekian lama bola sepak Malaysia berada dalam keadaan “hidup segan, mati tidak mahu”, pasukan Harimau Malaya berjaya merangkul Piala Suzuki AFF edisi 2010, dan secara tidak langsung dinobatkan sebagai gergasi bola sepak di Asia Tenggara. Walaupun di dalam perlawanan akhir kedua di GBK Malaysia kalah 1 – 2 kepada Indonesia, namun pasukan kebangsaan tetap menang disebabkan kedudukan agregat 4 – 2 yang memihak kepada mereka. Tahniah Harimau Malaya, dan tahniah kepada Safee Sali dan Khairul Fahmi Che Mat terutamanya, kerana permainan cukup baik yang telah ditunjukkan oleh mereka.
Seluruh rakyat Malaysia termasuk saya sendiri masih menyokong kejayaan Harimau Malaya semalam. Diharap pasukan Malaysia mengulangi kejayaan malam tadi dengan melakukannya di Stadium Gelora Bung Karno (GBK) pada hari Rabu ini. Walaupun Indonesia dibelasah 0 – 3 semalam, namun mereka masih lagi pasukan yang kuat. Anak-anak buah jurulatih K. Rajagobal tidak seharusnya merasa terlalu gembira dengan kemenangan mereka dan perlu ingat bahawa masih ada lagi baki 90 minit perlawanan untuk dimenangi.
Komentar-komentar yang saya baca dari malam semalam sehingga ke hari ini daripada para penyokong pasukan Garuda di laman web sosial Twitter jelas menunjukkan pemikiran pra-matang mereka. Ia membuatkan saya hanya mampu menggeleng kepala dan tersenyum simpul bersendirian kerana obsesi mereka yang terlampau. Disebabkan kalah 0 – 3 kepada pasukan Harimau Malaya, isu laser sengaja diperbesarkan. Kalau diikutkan, istilah Bahasa Inggerisnya adalah sore losers (pecundang sakit). Ya, sebahagian besar para penyokong pasukan Indonesia adalah sore losers. Memaki-hamun sebuah negara disebabkan para pemain pertahanan “Timnas” mereka gagal menghalang Norshahrul Idlan Talaha daripada menggelecek bola, merupakan petanda sore losers.
Oh ya, selamat pengantin baru saya juga ingin ucapkan kepada Norshahrul Idlan Talaha.
Tahniah kepada pasukan kebangsaan di atas kejayaan ini! Berkat usaha gigih dan skil permainan tinggi yang ditunjukkan oleh Harimau Malaya, ia berjaya membawa kemenangan 3 – 0 mengatasi Indonesia. Yang pastinya, kemenangan ini bukan disebabkan sinaran laser seperti yang dituduh oleh para penyokong pasukan Indonesia.