close button

Pendapat Kritis

RSS Feed

Pembaharuan

Tempoh hari, komputer desktop saya tidak dapat berfungsi dan tidak boleh start akibat disambar kilat dan saya telah menghantarnya ke kedai. Pihak teknikal memaklumkan kepada saya bahawa kad grafik dan RAM telah mengalami kerosakan dan perlu digantikan. Setelah menaksirkan harganya, saya mengambil keputusan untuk menaiktaraf (upgrade) sahaja kemampuan desktop saya yang berusia hampir lima tahun. Casing dan pelbagai alatan lain seperti processor, motherboard, dsb. telah diganti dan dinaiktaraf dengan peralatan yang lebih baik.

Segala kos untuk menaiktaraf desktop tersebut adalah 100% hasil dari pendapatan bisnes online saya yang saya perolehi selama ini. Oh, harganya tidak mahal. Cuma RM1400 sahaja.

Komen Anda? 3
26 Feb

Tiada kemaskini

Saya meminta maaf kerana tidak dapat mengemaskini blog ini disebabkan masalah gangguan perkhidmatan internet Streamyx di rumah saya. Maka saya terpaksa “melompat” dari sana ke sini untuk mendapatkan sambungan internet melalui sistem WiFi yang disediakan oleh komputer riba saya di tempat-tempat seperti Starbucks dan sebagainya. Mungkin minggu depan barulah perkhidmatan internet jalur lebar di rumah saya akan pulih semula.

Kebetulan pula perkembangan politik tanah air pada masa kini amat menarik dengan kegiatan “lompat-melompat” juga.

Komen Anda? 1
20 Jun
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes