
Sebuah artikel yang diterbitkan oleh UmmahOnline.com dan ditulis oleh Armada Riyanto, bertajuk Kenaifan Etika Libertarian dan menarik untuk dibaca. Secara rumusannya, artikel ini membincangkan sejarah falsafah libertarian dan nilai-nilai yang didokong oleh fahaman libertarianisme, sehingga pada akhirnya:
…[P]erspektif libertarian menyebabkan “kegilaan” aneka fikiran, keputusan, dan tindakan yang ternyata mengugat tata nilai tradisional kehidupan bersama. Atas nama libertas, manusia seolah ada dalam ruang kosong penerokaan dengan risiko apa saja, termasuk kemungkinan menghina atau menyakiti yang lain.
Maka jelas bahawa “kegilaan” ini adalah merujuk kepada naifnya fahaman libertarianisme yang menganggap bahawa manusia memiliki kebebasan mutlak dalam perlakuan mereka tanpa dikawal-selia oleh moral dan etika agama. Betapa dungunya dan naif nilai falsafah libertarianisme ini!
16 Okt

Seorang pengikut ajaran sesat Islam Liberal melalui postingnya yang bertajuk “Try Denying THIS” (merujuk kepada kajian yang kononnya membuktikan teori evolusi Darwin) dan barangkali menyangka bahawa inilah bukti kukuh mengenai wujudnya teori (ingat, masih teori!) evolusi Darwin, yang secara asasnya menafikan bahawa kejadian asalnya daripada Allah s.w.t. dan manusia adalah hasil “evolusi” beruk dan monyet. Hasil kajian di atas hanya spesifik kepada bakteria dan organisma kecil, dan bukannya merangkumi kejadian alam secara umum. Masih tidak ada bukti kukuh mengenai wujudnya teori “evolusi” ini dan para pembaca boleh merujuk kepada tulisan-tulisan Harun Yahya yang menyanggah teori evolusi Darwin ini sebagai produk daripada pemikiran sekular yang tidak mengenal Tuhan.
Sesungguhnya memang jelas akan kesesatan golongan Islam Liberal yang cuba untuk mempertahankan suatu teori sekular yang bukan sahaja tidak diiktiraf oleh kebanyakkan saintis dunia, malah ia ditolak di dalam al-Qur’an and Hadis itu sendiri. Kita harus menyoal mereka, apakah sebenarnya kepercayaan mereka mengenai al-Qur’an, Hadis dan Islam secara umumnya? Sekiranya mereka ingin mempertahankan teori bobrok seperti ini, maka jelas bahawa iman mereka adalah diragui dan mereka harus memberikan bukti mereka jika sungguh bahawa mereka berada di pihak kebenaran!
12 Jun