
http://www.bismikaallahuma.org, sebuah laman web yang aktif menjawab salah faham serta kritikan terhadap Islam dan mengekang dakyah Kristian, memerlukan bantuan anda untuk menampung kos kewangannya.
Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, adalah diharapkan bahawa para pembaca sekalian dapat menghulurkan bantuan dan infak sekadar yang mampu dan memanjangkan notis ini kepada lain-lain rakan yang dapat membantu juga, sama ada melaui email, forum dan sebagainya.
Maklumat lanjut boleh dirujuk di:
http://www.bismikaallahuma.org/for-muslims/
Jika kita yang tidak membantu, maka siapa lagi?
Syukran, wassalam.
Terima kasih kerana melawati blog ini! Sila berlanggan dengan RSS feed saya untuk kemaskini. Visit my English blog.
11 Sep

Saya memanjatkan syukur dan munajat kepada Ilahi kerana forum yang dianjurkan oleh Majlis Peguam dan jelas mencabar kedudukan Islam sepertimana yang termaktub di dalam Artikel 121(1A) berjaya dihentikan seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini. Musuh-musuh Islam tidak akan berhenti menyerang Islam dari segenap penjuru dan kejayaan semalam harus diteruskan dengan tekad dan muhasabah, walaupun terpaksa menghadapi cabaran yang keras daripada anasir-anasir subversif seperti ini. Tentunya ia tidak akan berakhir di sini dan perjuangan menegakkan Islam masih belum selesai. Iyya na’budu muhliseena la hudeen, wa-law karihal kaafiruun!
Untuk mendalami fiqh mengenai demonstrasi di dalam Islam, boleh dirujuk di sini.
10 Ogo