close button

Pendapat Kritis

RSS Feed

Aduhai, jahil sangatkah tentang Harimau Malaya?

harimaumalaya Aduhai, jahil sangatkah tentang Harimau Malaya?

Saya betul-betul tidak faham kenapa ramai sangat manusia di Sabah dan Sarawak begitu buta tentang nama haiwan. Dipetik daripada Berita Harian:

KOTA KINABALU: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Sabah meminta gelaran Harimau Malaya untuk pasukan bola sepak negara yang menjuarai Piala Suzuki AFF minggu lalu, diubah kepada Harimau Malaysia bagi mencerminkan konsep 1Malaysia, berbanding Malaya yang tidak menggambarkan kesepaduan masyarakat pelbagai kaum negara ini.

Mereka menyifatkan gelaran Harimau Malaya bukan setakat tidak mencerminkan penyertaan masyarakat pelbagai kaum di Sabah dan Sarawak sebagai sebahagian daripada rakyat Malaysia, malah seolah-olah menafikan penyertaan kedua-dua negeri dalam pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.

Presiden Majlis Belia Sabah (SYC), Kevin Lim, berkata rakyat Sabah turut menyambut kejayaan pasukan bola sepak negara menjuarai piala berkenaan tetapi agak terkilan kerana pasukan itu digelar sebagai Harimau Malaya sedangkan istilah yang sepatutnya digunakan ialah Harimau Malaysia.

“Kami gembira dengan kejayaan pasukan bola sepak negara tetapi dengan memanggil pasukan itu sebagai Harimau Malaya, ia seolah-olah tidak mahu berkongsi kegembiraan dengan masyarakat di negeri ini dan Sarawak kerana kami tidak pernah menyertai Malaya sebelum merdeka bersama Malaysia,” katanya di sini semalam.

Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak menggunakan istilah Harimau Malaysia bagi menggambarkan kesepaduan masyarakat pelbagai kaum di negara ini dalam memberi sokongan kepada pasukan bola sepak negara.

Aduhai, jahil benar manusia-manusia ini tentang Harimau Malaya. Atau nama saintifiknya, Panthera tigris malayensis yang merujuk kepada spesis harimau yang khusus terdapat di Semenanjung Malaysia sahaja. Iyalah, kalau hendak ghairah sangat pun mengipas punggung Perdana Menteri yang ada sekarang, apakah perlu otak kamu itu diletakkan di kepala lutut? Selepas ini, kamu namakan semula Universiti Malaya kepada “Universiti Malaysia”, ataupun Keretapi Tanah Melayu kepada “Keretapi 1Malaysia”!

Incoming search terms:

  • harimau
  • gambar harimau malaya
  • harimau malaya images
  • pemain sabah dalam harimau malaya
  • logo kepala harimau
Komen Anda? 1
03 Jan

Pendirian PAS mengenai isu kalimat “Allah”

KENYATAAN PENUH

PAS sebagai parti Islam, amat menghormati prinsip kebebasan beragama seperti mana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakan pilihan sendiri.

Prinsip kebebasan beragama ini juga telah termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutaan.

Walaupun demikian dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama.

Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini. PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Al Imran ayat 64 yang bermaksud.

‘‘Katakanlah: Hai Ahli Kitab,marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya sebagai tuhan selain Allah’’.

PAS dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh mengugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.

PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam.

Incoming search terms:

  • isu kalimat allah
Komen Anda? 0
05 Jan
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes