close button

Pendapat Kritis

RSS Feed

Namakan semula “Jalan Sultan Azlan Shah” di Pulau Pinang

map sas Namakan semula Jalan Sultan Azlan Shah di Pulau Pinang

Apa yang telah berlaku sudah pun berlaku, pengkhianat sedang ketawa meraikan kemenangan “menikam” kerajaan negeri Pakatan Perak dari belakang dan sebuah kerajaan negeri haram yang tidak dilantik oleh rakyat akan mengangkat sumpah pada petang ini. Walaupun pelbagai saranan, kritikan dan rayuan dibuat, namun Sultan Perak nampaknya tidak dapat (atau tidak mahu mendengar) suara rakyat yang meminta belas ihsan dari baginda untuk membubarkan DUN dan membenarkan pilihanraya negeri diadakan.

Oleh itu saya sarankan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan Pakatan Rakyat menterjemahkan bantahan mereka dengan membuang nama “Sultan Azlan Shah” di sebatang jalan raya besar di Bayan Baru menuju ke Gelugor. Tidak ada gunanya kita menamakan jalan itu sempena nama seorang Sultan yang tidak mahu melakukan sesuatu untuk membetulkan ketidakadilan ini. Namakan semula jalan besar “Jalan Sultan Azlan Shah” di Pulau Pinang kepada nama “Jalan Ir. Mohd Nizar Jamaluddin”.

Bagaimana, adakah anda berani melakukannya untuk menunjukkan solidariti dengan pimpinan Pakatan di Perak?

Incoming search terms:

  • JLN SULTAN AZLAN SHAH
  • nama sultan pulau pinang
  • peta jalanraya pulau pinang
  • prosedur menamakan jalan
Komen Anda? 8
06 Feb
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes