Pulang daripada kursus kahwin
Saya baru pulang dari Johor selepas menghadiri kursus pra-perkahwinan yang dikendalikan oleh Pulai Utama Management dengan kerjasama Jabatan Agama Johor. Ustaz-ustaz yang memberikan kuliah sememangnya kelakar dan banyak menggunakan kiasan untuk “perkara itu” (mereka yang sudah atau hendak berkahwin tentunya sudah maklum apakah “perkara itu”).
Kursus sudah diselesaikan, maka sekarang perancangan untuk yang seterusnya akan dibuat selepas ini.
Incoming search terms:
- kursus kahwin
- sijil kahwin
- kahwin
- kursus kahwin johor
- sijil kursus kahwin
Ibu tunang saya diragut
Tengah hari tadi, ibu kepada tunang saya (kira ibu mertualah, betul atau tidak?) diragut berdekatan dengan masjid di Pontian, Johor. Wang tunai kira-kira RM1000.00 telah hilang di dalam kejadian ini. Menurut tunang saya, keretanya juga digeledah tetapi saya belum sempat bertanya apakah yang hilang selain daripada wang tunai itu.
Apa kejadahnya hendak jadi dengan Malaysia ini? Demokrasi dirobek di Perak, jenayah ragut makin berleluasa dan masyarakat sudah tidak selamat lagi!



