Pendapat Kritis

RSS Feed


  • Salam Maulidur Rasul 1431H

    maulidur rasul Salam Maulidur Rasul 1431H

    Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

    Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. pada hari keputeraan baginda, bersamaan 12 Rabi-ul Awwal 1431H. Sebagaimana disebutkan di dalam al-Qur’anul Karim, Surah Al-Anbiya’ ayat 107:

    “Dan tidaklah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan sebagai rahmat untuk sekelian alam.”

    Malang yang pada masa kini, orang Islam kian alpa dan puak-puak anti-Islam semakin menggila menghina dan menabur fitnah tentang baginda. Keadaan ini hanya boleh berubah sekiranya umat Islam kembali kepada mauduk dan berpegang kepada Kitabullah dan Sunnah baginda s.a.w. Semoga kita semua dirahmati oleh Allah s.w.t. pada hari keputeraan Rasul-Nya yang terakhir dan dijauhi daripada fitnah dan kesesatan orang-orang kafir.

    Ya Nabi salam ‘alaika, Ya Rasul salam ‘alaika, Ya Habib Salam ‘alaika, Solawatullah ‘alaika….

    Komen Anda? 1
    26 Feb