close button

Pendapat Kritis

RSS Feed

Sudah bernikah sekarang

dah kahwin Sudah bernikah sekarang

Pernikahan saya dengan si dia telah selamat dijalankan pada hari Sabtu lepas dan kini kami berdua sudah rasmi bergelar suami isteri. Alhamdulillah, majlis pernikahan berjalan dengan lancar dan semuanya selamat disempurnakan, walaupun pertukaran tempat pernikahan berlaku pada saat terakhir. Saya dinikahkan di Masjid Jamek Pontian oleh Kadi Besar Daerah Pontian, agak gementar saya dibuatnya sehinggakan saya terpaksa mengulangi akad selama dua kali!

Apapun, saya sudah bernikah sekarang dan mendapat seorang isteri yang cantik rupawan dan sangat manja dengan suami icon smile Sudah bernikah sekarang Sungguh bertuah rasanya memiliki hatinya sebagai isteri saya. Insya’ Allah saya berjanji akan menjadi suami yang baik kepadanya.

Komen Anda? 2
04 Mei

Walimatul urus

walimatul urus Walimatul urus

Sesiapa yang mengenali saya dijemput hadir ke majlis perkahwinan saya, yang akan berlangsung dalam tempoh tiga minggu lagi. Pernikahan saya dengan si dia akan berlangsung Sabtu ini (1 Mei 2010).

C013EF143F4BD03739DF8D1D3BBA4647 Walimatul urus

Incoming search terms:

  • walimatul urus
  • walimatulurus
Komen Anda? 2
25 Apr

Akhirnya semua selesai

esze and rizal Akhirnya semua selesai

Alhamdulillah, majlis perkahwinan adik saya yang juga melibatkan walimatul urus yang berlangsung pada hari Sabtu dan Ahad (22 dan 23 haribulan November 2008) telah selesai. Saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi datang selepas saya menghantar surat jemputan / memaklumkan mereka mengenai majlis tersebut. Disebabkan kesibukan dengan majlis tersebut, saya tidak dapat menulis untuk beberapa hari yang lepas. Insya’ Allah saya akan menyambung semula membuat entri selepas ini.

Komen Anda? 0
25 Nov
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes