Baru hari ini saya melihat di blog-blog BM heboh tentang kemalangan ngeri yang berlaku di kawasan Pedas-Linggi, yang menurut akhbar harian mengakibatkan 12 orang terbunuh. Ia berpunca daripada sebuah bas ekspres, Delima Ekspres, dari arah Johor Bahru menuju ke utara, terbabas dan memasuki arah yang bertentangan. Bas ekspres tersebut telah merempuh beberapa kenderaan, termasuklah sebuah bas Kebajikan Masyakat dan terbalik.
Di sini saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan takziah pada keluarga mangsa yang terlibat. Bersabarlah kerana semua kejadian adalah ketentuan daripada Allah s.w.t. dan setiap yang hidup pasti akan bertemu dengan-Nya.
Incoming search terms:
blog kemalangan ngeri
ngeripedas
pedas linggi highway accident 2011
pedas linggi
ngeri
Terima kasih kerana melawati blog ini! Sila berlanggan dengan RSS feed saya untuk kemaskini. Visit my English blog.
Tiga hari lepas, tunang saya mengalami kemalangan jalan raya semasa melalui Pekan Nenas menuju ke Bandaraya JB. Dia selamat, tetapi Rusa yang dibawanya hancur remuk akibat dilanggar oleh lori tersebut. Nasib baiklah dia tidak ada apa-apa kecuali kaki yang bengkak, kalau tidak saya sudah menjadi duda.
Sekarang dia berada di rumah, masih trauma sedikit akibat kemalangan tetapi dapat ditenangkan oleh saya. Kalau ada apa-apa pesanan untuk dia, silalah tinggalkan di kotak komen di bawah, ya?
Berita seorang rakan sekelas tunang saya termasuk suami dan anaknya yang meninggal dunia akibat dilanggar sebuah Nissan Frontier di Tanjung Karang keluar sebagai tajuk beritaKosmo! pada 4hb Januari yang lepas.
Semoga Allah s.w.t. mencucuri rahmat ke atas roh mereka, amin.