
Saya bersetuju dengan petisyen untuk Kempen “Satu Sekolah Untuk Semua”. Sistem vernakular pada masa kini di Malaysia adalah produk daripada dasar “pecah dan perintah” British dan ia wajar dihapuskan. Semua sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan (C) dan Jenis Kebangsaan (T) harus diserapkan ke dalam sistem Sekolah Kebangsaan, di mana bahasa pengantarnya adalah Bahasa Melayu, iaitu bahasa kebangsaan. Mata pelajaran Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil harus dibenarkan dan diajar sebagai subjek-subjek elektif di sekolah-sekolah kebangsaan.
Jika anda bersetuju dengan petisyen ini, sila tandatangan di sini.
Incoming search terms:
- konsep sekolah pondok
- satu sekolah untuk semua
- sekolah jenis kebangsaan dihapuskan
- konsep sekolah kebangsaan
- sekolah jenis kebangsaan wajar dimansuhkan
Terima kasih kerana melawati blog ini! Sila berlanggan dengan RSS feed saya untuk kemaskini. Visit my English blog.
01 Jun

Saya amat mengkagumi usaha ICNA (Islamic Circle of North America) membawa metod dakwah yang amat kreatif di bandaraya Chicago di Amerika Syarikat. Gambar ini merupakan sebahagian daripada kempen mereka untuk membawa mesej Islam kepada para penduduk di kawasan sekitarnya. Malangnya negara kita ini yang sering diwar-warkan sebagai “negara Muslim” (bukan “negara Islam”) yang dikira agak termaju di dunia Islam amat terkebelakang di dalam berdakwah dan memperkenalkan mesej Islam kepada mereka yang bukan Islam. Adakah JAKIM mampu melaksanakan inisiatif seperti ini dengan mempamerkan iklan hotline Islam di bas-bas RapidKL?
Incoming search terms:
- iklan di bus rapid
- bilakah kita
- iklan di bus rapid kl
- iklan islamik
- komen amerika syarikat terhadap malaysia
23 Sep